NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, September 23, 2010

ZIKRULLAH MELALUI KERJA BERTERUSAN




Jurulatih kraf di Menara ExxonMobil
Berbuka d Anjung 7

Salam

Awal pagi Khamis 23 September mesej sms pertama ialah kembali kerahmatullah ibu teman saya Rafidah Lin. Alpanya saya tidak mampu menziarahi Allahyarhamah tah/opah sewaktu beliau sakit di HUKM. Innalillahiwainna ilaihrajiu'un. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Masing-masinh kita akan menempuh hari ini, lazimnya melalui sakit seketika sebagai asbab. Allah Maha penyayang masih menghidupkan kita untuk terus mengingatiNya dan berzikir setiap pernafasan kita AllahuAkbar!

Khabarnya jenazah ibu Lin akan di semadikan di Ipoh dan sekali lagi saya alpa kerana menyangka selepas kelas harfiah/bahasa Arab ada kesempatan meluru ke Keramat, namun jenazah telahpun berlepas dan saya tidak beresempatan membuat ziarah apabila sampai ke kawasan Ampang hampir jam 12 tengahari. Melalui Nida saya difahamkan keadaan jenazah amat baik dan saya mendoakan Allah merahmati arwah ibu Lin yang telah berjaya mendidik 10 orang anak-anaknya yang soleh, solehah belaka insyaAllah. Teringatkan arwah ibu saya yang melalui pengorbanan mendidik anak yang ramai dan saya turut mendoakan arwah ibu bapa saya kini menerima amal solehnya di alam barzah, ameen.

Hari yang penuh kesibukan telah di isi dengan pelbagai pertemuan menyelesaikan program latihan kraf bersama pegawai ExxonMobil di KLCC bersama jurulatih. Sebaik selesai perbincangan kami terus mengadakan temujanji dengan seorang bekas guru yang berminat dengan jahitan. Hasil kerjanya yang amat rapi menarik perhatian saya. Pakejnya ialah menyediakan pakaian atau busana solat, umrah, haji dan pek jenazah untuk wanita. Saya terkesan dengan pertemuan ini dalam tiga aspek.

Pertama tuntutan fardu kifayah menyediakan persalianan pakaian solat. Kedua ia merupakan amal kebajikan bilamana dapat membantu melatih orang lain menyediakan jahitan yang begitu rapi. Ketiga ia boleh menjadi satu bidang pekerjaan yang baik kepada mereka yang berminat dalam bidang jahitan dan mengisi masa dengan kerja bermanfaat. Kebetulan bekas guru ini sedang sibuk mengadakan kelas tusiyen dan memang ingin melepaskan tugas jahitan 'yang tak menang tangan' kepada orang lain. Khabarnya pelanggannya ramai daripada kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dan mampu.

Sekaligus saya memberitahu jurulatih kraf supaya menceburi bidang jahitan pakaian solat ini dan mengujudkan Galeri Busana Mawaddah di Anjung 7. Selepas perbincangan terus kami ke anjung 7 melihat potensi ruang untuk di sewa sebagai bengkel. Isu pertama bagaimana pembiyaannya?? Saya terus menjawab kita tawakkal dulu cuba cari pelabur minima RM10 ribu untuk tujuan sewa dalam tempoh 6 bulan. Latihan jahitan dengan bekas guru yang kami temui boleh berjalan serentak. Saya yakin kita dapat lakukannya. Mulalah saya berkempen dengan ahli keluarga saya tentang pelaburan, namun masih belum ada sebarang kata putus. Kebetulan anak saudara saya yang baru pulang daripada Jepun ada menyebut isterinya menjual kain kapas Jepun melalui internet, saya ters tawarkan usahasama. Isunya sekali lagi ialah kewangan. InsyaAllah saya yakin ada jalan keluar bagi orang yang bertaqwa. Yang peting keyakinan dan tawakkal, Ya Allah bantu kami untuk yakin dan bertawakkal kepadaMU...ini doa yang saya terbaca sewaktu mengerjakan Umrah baru-baru ini.

Kami berbuka puasa hari kedua terakhir puasa sunat Syawal di anjung 7 lagi sejak hari Isnin. Alhamdulllah banyak rezeki di sini, nasi mandy, mi lahaam, roasted chicken dan susu kambing, tidak ketinggalan teh arab dan kurma. Pengunjung lain di D'Arab Cafe tak putus-putus hingga ke malam. Menjelang jam 10 saya pulang ke rumah keletihan.

Terasa sepanjang hari ini saya berhadapan dengan pelbagai aktiviti yang semuanya menjurus kepada zikrullah. Tidak saya sedari ini satu anugerah Allah. Bermula dengan kelas harfiah dan bahasa Arab, kemudian percubaan ziarah kematian, pertemuan menyelesaikan latihan kepada golongan miskin, solat berjemaah Zohor dan Asar, menemui seorang yang menjalankan amal fardu kifayah, berbuka puasa, solat berjemaah Maghrib dan kini muhasabbah diri.

Ya Allah puasnya pengisian hariku dan banyaknya nikmatMu...inilah zikrullah jika kita melakukan kerja yang berterusan dan membetulkan niat awal-awal lagi iaitu untuk mencari redhoNya sahaja. Semuanya akan di permudahkan insyaAllah,ameen. Pokoknya Allah terima amal-amal kami dan amal tidak terbatal dengan pelbagai kelalaian dan sikap mazmumah termasuk ujub, riak dan takabbur. WaAllau'alam

No comments:

Post a Comment