NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, September 21, 2010

RAHMAT ALLAH DEKAT DENGAN ORANG MUKHSININ




Gambar ahli keluarga dan jemaah umrah Ramadhan 1431H



Salam



Rabu 22 September bersamaan 13 Syawal 1431H. Alhamdulillah saya berkesempatan menyelesaikan pelbagai tugasan asas. Rehat pun sudah lebih daripada mencukupi sekembali musafir yang panjang. Kini sedang merancang musafir baru kerana banyak ziarah dan kunjungan yang perlu dilakukan.



Terngiang-ngiang suara bacaan Quran imam di Masjidilharam dan Masjid Nabawi masih mantap dalam pendengaran. Setiap membuka mushaf AlQuran yang di beli di Mekah yang menyerupai naskah dalam masjid saya akan terkenangkan suasana amal disana.


Satu ayat alQuran yang menyentuh hati saya yang di baca di suatu pagi waktu Solat Subuh ialah ayat 56 Surah Al A'raf yang bermaksud..,'Dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (kepada azabNya) dan sangat inginkan (rahmatNya) SESUNGGUHNYA RAHMAT ALLAH AMAT DEKAT KEPADA ORANG-ORANG YANG BERBUAT KEBAIKAN (MUKHSININ)



Sejak itu saya terfikir-fikir apakah ciri-ciri orang 'mukhsinin'. Adakah saya ini layak di golongkan dikalangan orang-orang mukhsinin? Adakah tetamu Allah yang berdesak-desak di pintu masuk masjid setiap kali solat dan terawih orang-orang mukhsinin? Ikhlaskah kita dalam menyumbang kepada kemuliaan agama Islam atau kita punca fitnah kepada Islam?


Sehari selepas saya kembali daripada mengerjakan umrah seorang murabbi terkenal di Malaysia Almarhum Dato' Ustaz Dahalan Md Zain yang terlibat dalam mengasaskan HALUAN telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Kangar. Ribuan anak didiknya berkejar menziarahi, saya dan suami hanya mendoakan dan akan menziarahi keluarga arwah secepat mungkin. Membaca blog-blog yang merindui kehilangan beliau saya amat yakin beliau seorang 'mukhsinin', seorang yang ikhlas, sentiasa bersedia untuk kerja-kerja Islam, peribadi contoh yang tidak pernah berburuk sangka terhadap orang lain sekalipun orang lain itu pernah menyinggung hatinya.



Perkongsian dalam blog saya kali ini hanyalah pemerhatian saya sepanjang berada di tanah suci. Ada saya perhatikan orang berbuat baik hanya dengan dua kotak kurma. Dia akan menunggu di hadapan jalanraya dan sesiapa yang pertama dan kedua keluar hotel akan di berikannya kotak itu. Melalui pengalaman saya ada juga insan yang amat pemurah, pantang mendengar kesulitan ornag lain, terus menghulur bantuan tanpa banyak soal..MasyaAllah...



Ramai juga yang berkejaran setiapkali ada orang yang ingin menginfaqkan makanan. Sehingga si pemberi makanan lari ketakutan dikerumuni kumpulan rakus yang ingin mengumpulkan sebanyak hasil infaq makanan untuk iftar. Saya keliru dengan sikap rakus ini dan mungkin sangat jauh daripada sifat 'mukhsinin', bak kata seorang ahli keluarga saya 'banyak menerima bukan memberi'



Saya terserempak dengan seseorang, mungkin daripada Malaysia yang cuba menginfaqkan sesuatu namun cara memberi hanya dilempar-lempar,mungkin dia takut di kerumuni. WaAllah'alam.


Mukhsinin dalam bahasa Inggeris 'good doer' dan dalam surah Ali Imran sekurang-kurang dua kali ada menyebutkan 'Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik' yang di samakan dengan taqwa. Penjelasan berbuat baik antaranya: berinfaq dalam lapang dan sempit, menahan marah, memaafkan orang lain dan berdoa. Mukhlisin juga bermaksud ikhlas dan ihsan,kedua-duanya mensyaratkan bersungguh-sungguh secara professional melakukan sesuatu untuk mencari keredhaan Allah semata.



Apa pun setiap yang menjanjikan ganjaran ada ujian yang setimpal. Hampir semua ahli rombongan kami melalui ujian serba sedikit, ada yang kehilangan riyal, bersusahpayah merawat penyakit, keuzuran dan hilang sabar dek belbagai kerenah berpindah randah dan kemudahan hotel yang kurang memuaskan. Seorang ahli keluarga saya berazam tidak mau komen apa-apa dan alhamdulillah beliau berjaya menjaga kesabarannya.



Ternyata mukhlisin memerlukan keikhalsan dalam bertindak, tidak berburuk sangka dan fokus untuk meningkatkan amal masing-masing di sisi Allah semata. Apa yang orang lain fikirkan dan membuat anggapan tidak perlu di ambil pusing kerana hanya Allah yang akan memberi ganjaran akhirnya dan Allah juga yang berhak memberi keampunan.



Yang saya bimbang ialah ada juga insan yang mengukur orang lain mengikut nilai kehidupannya, seolah-olah merasa terjamin dia ahli syurga, nauzubillah, saya takut membuat telahan. Yang saya insaf ialah saya akan cuba memudahkan orang lain, termasuk menjaga emosinya jangan tercalar sewaktu menunaikan ibadah kerana Allah, dan ini bukan suatu kerja senang. Sentiasa sahaja nafsu meniupkan sikap ujub, rasa lebih baik dan arif terutama di hadapan orang yang lemah.



Azam saya insyaAllah jika berkesempatan ke tanah suci sekali lagi ialah mengamalkan akhlak 'Bercakap yang baik atau DIAM' WaAllau'alam


No comments:

Post a Comment