NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, September 17, 2010

JANGAN BATALKAN AMAL SOLEH


Salam

Sabtu 18 September 2010, 8 Syawal 1431H. Awal pagi di Shah Alam saya bersama ahli keluarga perempuan solat berjemaah Subuh di rumah. Terasa sayu menikam kalbu mengimbau lebih 40 hari solat berjemaah bersama Imam tersohor di masjidil Haram dan di Masjid Nabawi Madinahtul Munawarah. Tidak siapa yang ada sekelumit iman di hati yang tidak akan tesentuh dengan bacaan ayat-ayat suci oleh Iman AbdulRahman Ali Huzaifi...siraman yang memang saya tunggu-tunggu setiap kali menjijak kaki di bumi suci Madinah.

Kini bacaan AlQuran yang mendayu dan menyegarkan kalbu oleh Imam Mahir, Imam Sudais, Huzaifi dan beberapa lagi menjadi kenangan manis. 2 Ogos-16 September masa yang panjang berada di tanah suci atas jemputan Allah dan pilihan saya setiap Ramadhan. Mungkin ini kali terakhir saya menjalankan rutin Ramadhan, namun saya terus berdoa Allah pilih saya sebagai tetamu Ramadhan setiap tahun dalam baki-baki umur saya dan suami.

Antara kesalan di alam barzah dan akhirat ialah kekurangan amal soleh yang boleh di jalankan dalam pelbagai aspek. Paling utama ialah zikirullah setiap saat, membaca Alquran, solat, infaq, haji dan umrah. Berkata yang baik, meolong ornag miskin dan melakukan kerja kebajikan dengan ikhlas juga tidak terkecuali. Menjalin silaturrahim dan menjaga hak semua orang yang kita dampingi juga amal soleh, mendoakan orang yang telah tiada terutama ibu bapa, kaum kerabat dan kenalan juga di anggap amal soleh.

Dalam catitan ringkas awal sekembalinya saya daripada medan amal soleh di dua tanah suci ini saya hanya berdoa agar amal-amal tersebut tidak terbatal dek kelalaian saya untuk beristighfar tentang kelemahan diri saya yang banyak. Pelbagai 'kaffarah' atau penebusan dosa saya lalui terutama kehilangan wang ringgit dan suntikan keinsafan yang berlaku sepanjang di Mekah dan Madinah. Paling ketara ialah teguran beberapa insan melalui akhlak mereka. Ada yang mencontohkan dengan tingkahlaku, ada melalui tulisan, ada yang terus terang dan yang paling tersentuh redho da memaafkan kelemahan saya. Semuaya itu berlaku dalam batasan masing-masing ingin menjaga supaya amal tidak terbatal dek keangkuhan, riyak dan ujub. Amal juga terbatal kerana prasangka dan andaian serta syak wasangka. Saya memaafkan semua orang yang melakukan kepada saya semua itu dengan harapan Allah mengampunkan dosa saya dan memperkenan doa serta hajat yang saya panjatkan sepanjang berada di tanah suci.

Terlalu banyak peristiwa yang ingin di kongsikan. Cukup sekedar berdoa dulu agar di beri Allah kesempatan dan ilham yang baik, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment