kakak tertua keluarga suami
Sebahagian ahli keluarga bersama peguam yang mewakili kes tanah pusaka
Nasi Arab pula kini sedang berkembang membangunkan tempat yang satu ketika dulu sepi di Anjung 7 sebagai tarikan pelanggan yang mendapat layanan istimewa. Tahniah kepada pengusaha yang ada sentuhan 'hand-on' kepada pelanggan. Saya di lantik menjadi penasihat percuma perniagaan Nasi Arab. Nasihat saya senang sahaja, 'awalkan solat dan baca AlQuran'. Pada saya rezeki Allah kena jemput dengan penuh sopan antaranya beri keutamaan perintah solat dan merujuk kepada Alquran panduan daripada Allah. Tak tau belajar, bukankah Allah yang membuka pintu ilmu dan meransang otak kita untuk berfikir sebagai 'Ulul-Albab'?
nasi arab
Sebahagian ahli keluarga bersama peguam yang mewakili kes tanah pusaka
Salam
Ahad 25 Julai program bertemu ahli keluarga telah di adakan di rumah pusaka arwah ibu bapa suami saya di Kg Sg Kantan Baru Kajang. Tradisinya memang menjelang setiap Ramadhan semua 14 adik beradik suami saya akan berkumpul mengadakan majlis makan bersama, sedikit tazkirah dan doa.
Alhamdulillah pagi itu hanya dua keluarga yang meminta uzur tidak bersama kerana masing-masing bertugas di luar negeri Selangor. Kakak yang tertua baru sahaja keluar daripada rawatan di hospital Kajang kerana sakit jantung. Alhamdullilah dalam keaadan masih lemah dia datang juga. Antara isu penting perlukan keputusan semua waris ialah menjual tanah pusaka yang berpuluh tahun tergantung dan tanah sudah di cerobohi orang lain.
Sudah terlalu lama masa berlalu dan kami jarang bertemu sehingga kami rasa janggal memulakan perbualan dan kelihatan anak-anak kecil sudah membesar dan cucu kian bertambah. Tajuk percakapan kini berubah dengan kisah cucu mongil dan seumpamanya. Kisah bakso ada ceritanya sendiri dan nasi arab pula mencelah menambah selera
Bakso di sediakan isteri adik bungsa suami saya. Dia berasal daripada Indonesia berbangsa sunda dan banyak membawa watak wanita sunda yan lemah lembut. Khidmat baktinya kepada arwah ibu mertua saya ketika sakit agak lama tidak dapat kami abaikan begitu sahaja dan semua bersetuju menjadikannya ahli keluarga kami. Adik suami saya baru-baru ini telah di berhentikan kerja dan terkini bakso adalah kerjaya utama menyara keluarga. Namun dengan 4 anak perlu di besarkan kami adik beradik sedang memikirkan bagaimana meningkatkan business bakso.
Nasi Arab pula kini sedang berkembang membangunkan tempat yang satu ketika dulu sepi di Anjung 7 sebagai tarikan pelanggan yang mendapat layanan istimewa. Tahniah kepada pengusaha yang ada sentuhan 'hand-on' kepada pelanggan. Saya di lantik menjadi penasihat percuma perniagaan Nasi Arab. Nasihat saya senang sahaja, 'awalkan solat dan baca AlQuran'. Pada saya rezeki Allah kena jemput dengan penuh sopan antaranya beri keutamaan perintah solat dan merujuk kepada Alquran panduan daripada Allah. Tak tau belajar, bukankah Allah yang membuka pintu ilmu dan meransang otak kita untuk berfikir sebagai 'Ulul-Albab'?
Menurut seorang penulis prolifik Amru Khalid, Ulul Albab ialah orang yang tidak mungkin dapat mencari dalil untuk menyekutu atau mensyirikkan Allah kerana terpampang bukti bahawa Allah adalah yang se agung-agungnya perlu di beri keutamaan dalam hidup ini, bukan makan minum, bukan bola, bukan pangkat, bukan politik malah bukan keluarga sekalipun.
Akhir kata saya mendoakan perniagaan bakso di kajang akan mengikut jalur Bakso Malang (Nama Tempat) yang popular di Indonesia, banyak rangkaiannya di serata Kepulauan Indonesia. Ia bermula dengan keyakinan membuat perbezaan, yang penting sentuhan kemanusiaan. Lagi penting ialah doa semua ahli keluarga sebagai motivasi dan jangan sekali sesiapa mengeluarkan komen negatif bimbang terbuka pintu langit mengkabulkan doa negatif itu. Terakhir tapi amat penting ialah promosi ahli keluarga sendiri di kalangan rakan dan teman, kalau 14 adik beradik bawa 10 teman pasti 140 memungkinan pelanggan bertambah ramai. saya yakin Nasi Arab telah melalui fasa di mana semua ahli keluarga menjadi pelanggan tetap, di sertai rangkaian teman yang luas dan pelbagai, alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment