NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, July 13, 2010

TARIKH KERAMAT, TARIKH RAHMAT








Bangunan Asrama SWBS
Bayangan pelajar di asrama
Bangunan Masjid SWBS
kegembiraan dalam bas


Salam

13 Julai 2010/ 2 Syaaban 1431H tarikh keramat..saya memberitahu adik saya yang kini membuka perniagaan kurma dan susu kambing segar di Anjung 7 Shah Alam Selangor. Tarikh ini bermulanya Sekolah bernama Situwangi Boarding School (SWBS) di Wilayah Garut Bandung. Wilayah Garut berprinsipkan "Garut Bangkit berprestasi"

Tersentuh hati kecil saya sepanjang hari ini ke tahap menitiskan air mata kerana teringatkan begitu besar nikmat Allah kepada saya , suami dan beberapa orang teman kerana di amanhakan untuk merancang pembangunan sebuah sekolah yang hari ini memulakan sejarah keramatnya, ya Allah jadikan usaha kecil kami ini amal jariah yang berpanjangan dan mencurahkan rahmat di alam kubur kami yang kian hampir ini...doa hati saya dalam diam. Adik saya menyampuk.."sumbangan saya di hujung-hujung jari je...alhamdulillah, janji ada."

Tempoh 10 bulan sejak Oktober 2009 membuatkan jiwa saya penuh dengan harapan dan doa setiap kali teringatkan SWBS. Perbincangan demi perbincangan, lawatan demi lawatan, berjam-jam mengharungi 'macet' (kesesakan jalanraya) Jakarta dan Bandung mendisiplinkan jiwa saya bahawa 'hendak seribu daya' dan setiap kegigihan pasti akan menghasilkan. Ia di tampung oleh kerelaan pihak penaja yang terus menaja perjalanan dan kemudahan kami menjalankan tugas. Sesekali dalam hati kecil ini memang ada agenda 'musafir' dan 'shopping', namun terkawal agar tidak menjadi matlamat akhir.

Tarikh keramat turut menjadi rahmat kerana tarikh ini juga saya di lepaskan tugas memegang amanah Ahli Majlis MBSA yang agak 'membebankan' kerana saya seolah menjadi pegawai tetap MBSA bila menerima jawatan ini. Rasa syahdu terasa juga bila bertemu rakan seperjuangan MPP kerana kami seperti satu keluarga yang sedang menempuh banyak ujian mengendalikan masalah masyarakat di Seksyen 7 khususnya. Masyarakat pelbagai corak dan rentak, kian berkembang dan membangun menyebabkan masalah bertaliarus. Namun bila dikendali secara kumpulan ia suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Saya akan mengenang tarikh keramat ini selamanya dan mendoakan kedatangan dan pemergian serentak dua perkara penting dalam hidup saya: kedatangan SWBS dan pemergian kuasa Ahli Majlis MBSA menjadi satu keberkatan sepanjang hidup saya di dunia dan akhirat insyaAllah.

No comments:

Post a Comment