Sekitar lawatan Penal Anugerah Bandaraya Lestari
Salam
13 Julai Selasa 8.30 pagi saya selaku mantan Pengerusi MPP Zon 3 di minta hadir dalam satu pertemuan penal penilai Anugerah Bandaraya Lasteri 2010. Bandaraya Shah Alam antara 5 finalist termasuk yang 4 lagi Melaka, Kuantan Kuching Utara dan Kuching Selatan. Sebagai mantan pengerusi saya bercerita sejarah sahaja kerana selepas ini program MPP Zon 3 akan di teruskan oleh Ahli Majlis yang lain.
Antara ciri penilaian ialah penyertaan anggota masyarakat dalam pembangunan bandaraya yang terpilih. MPP Zon 3 berjaya menampilkan semua wakil masyarakat, antaranya wakil surau, wakil ahli perniagaan, wakil keselamatan dan wakil wanita. Pengujdan Skuad Aman, Skuad Bersih, bazaar Ramadhan tanpa sampah dan aktiviti semua golongan turut di maklumkan. Ahli Penal amat terpesona dengan keindahan Taman Tasik kolam takungan seksyen 7 Shah Alam dan berharap ia akan kekal tanpa menambah pembangunan fizikal.
Satu kata kunci dalam perbincangan ialah 'sense of belonging' kepada tempat yang di bangunkan dimana MPP Zon 3 melaksanakan kaedah 'anak angkat' aktiviti taman kepada pelbagai pihak, antaranya kepada pihak perdagangan untuk menyediakan lampu sekitar taman, aktiviti remaja kepada pihak surau, aktiviti senamrobik kepada kaum wanita dan aktiviti keselamatan kepada Skuad Aman.
Bercakap tentang rasa keterikatan hati kepada sesuatu tempat atau seseorang saya amat terkesan dengan konsep mempercayai seseorang dan rasa persaudaraan. Kedua sikap ini bukan mudah di pupuk kerana ia adalah kerja hati. Satu cara ialah kekerapan bersama, percaya mempercayai dan berdoa untuk seseorang dan sesuatu. Saat ada sedikit rasa dengki, curiga dan akhirnya 'sabotage' akan menghilangkan rasa sense of belonging.
Mutakhir saya di maklumkan satu sikap 'sabotage' atau dengki suatu kumpulan ke tahap menyebabkan sebuah program kemasyarakatan yang di anjur satu kumpulan lain hampir gagal menyebabkan hati saya mula tawar dan hambar serta meghilangkan rasa 'sense of belonging' saya terhadap organisasi yang berhasad. Isunya jika kerja yang di jalankan adalah yang baik mengapa kita perlu curiaga dan cuba gagalkan kerana banyak lagi maksiat di sekeliling yang perlu di gagalkan tapi kenapa d biarkan. Inilah soal hati, amat mudah tersentuh dan tersinggung apatah lagi di hujung usia macam saya. Prinsip yang saya pegang ialah jika saya mula di curigai lebih baik saya berundur diri.
Berbalik kepada lawatan penal Anugerah Bandaraya lestari akhirnya kami berbincang tentang perlunya nilai murni menjadi ukuran kepada 'sustainability' atau mampan sesebuah pembangunan selain perlunya mengekalkan banyak kehijauan. Capacity building atau membangunkan kemampuan bekerja dan mengekalkan pembangunan mampan perlu wujud bermula daripada pihak berkuasa dahulu barulah dapat mendidik rakyat.
Pengerusi Penal malah menyatakan Taman Tasik Seksyen 7 punya potensi yang tinggi untuk menjadi mercutanda pembangunan lestari. Harap-harap kata-kata ini menjadi isyarat Bandaraya Shah Alam akan mejadi juara dalam pertandingan anugerah pembangunan lestari 2010 insyaAllah.
Kami di MPP Zon 3 mengadakan perbincangan sebelah malamnya kerana perlu menyempurnakan satu program lagi pada 17 Julai. Di beritakan jam 2.30 petang Rabu 14 Julai akan di adakan upacara mangangkat sumpah Ahli Majlis MBSA yang baru TANPA nama saya kerana saya pernah menyatakan asbab umur dan memberi peluang kepada orang yang lebih muda mendapat pengalaman. Suami saya menambah 'nobody is indispensible' (tidak ada siapa pun yang tak boleh di gantikan) Alhamdulillah seorang anak angkat saya sms semoga saya memanfaatkan baki umur yang ada, insyaAllah, ameen.
No comments:
Post a Comment