NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, July 14, 2010

PARIS VON JAVA



Di Mall terbesar Bandung

Salam



9 Julai sewaktu lawatan ke Bandung baru-baru ini kumpulan kami pertama kali di ajak ke Mall tersibuk dan terbesar di Bandung namanya Paris Von Java (Bandar Paris di Pulau Jawa). Khabarnya jumlah kedai dan restoran yang terdapat dalam mall berjumlah ribuan.



Beraneka jenis makanan sedunia dapat di cari di Mall ini dan proses memilih restoran amat memeningkan kepala. Selain terlalu padat dengan pengunjung kumpulan kami seramai 15 orang sukar di dudukkan sekali kerana sering tidak mencukupi meja. Sewaktu berlegar di kawasan mall ada yang memerlukan khidmat tandas dan dengarnya kawasan tandas amat bersih serta menarik dengan lanskap kehijauan.



Saya mula memikirkan adakah mall yang terlalu banyak menawarkan pilihan kepada pengunjung ini dapat hidup dan mencari pelanggan. Ternyata saya silap menyamakan PVJ dengan Shah Alam City Cente (SACC) Mall di Shah Alam. 10% penduduk Indonesia serupa dengan jumlah penduduk Malaysia, maksudnya jika golongan kaya dan atasan di Indonesia berjumlah 10% sejumlah 25 juta orang mampu menghidupkan segala kemewahan di PVJ.



Banyak yang saya belajar daripada lawatan ke PVJ kerana nama-nama besar restoran dunia semua ada di sini, apatah lagi outlet StarBuck. Selaku negara yang amat bebas serta mengamalkan demokrasi rakyat di Indonesia berpeluang melakukan apa sahaja janji ramai pengikut (demokrasi) dan tidak menghairankan jika di Indonesia tertubuh pelbagai pertubuhan pelik termasuk kumpulan liberal.

Semakin jauh malam PVJ di datangi lebih ramai pengunjung, biasalah anak-anak muda dengan pelbagai aksi. Kebetulan musim bola sepak dunia menuju ke peringkat final ramai yang datang kerana menonton live telecast perlawanan. Serupalah budaya global di mana-mana bola mania melanda PVJ. Terasa susah juga nak mengharapkan negara terbesar dan teramai umat Islam dapat mempertahankan nilai agama jika trend global sekarang tidak di bendung.

Apa pun setakat melawat sekali sekala di tempat terbesar ini sudah memadai, tak teringin akan mendatanginya lagi kalau di tinjau dari segi macetnya jalanraya,parking dll, masa begitu berharga untuk di bazirkan dalam kesesakan jalanraya yang tak berkesudahan di Indonesia ini.

No comments:

Post a Comment