Singapura liveable city
Salam
29 Jun 2010 Selasa dengan Firefly dari Subang saya dan suami berlepas ke Singapura. Suami saya di minta menghadiri World Urban Transport Leaders Summit 2010 : Transforming Urban Transport forliveable and sustainable Cities. Wow...besar tajuk dan mesejnya. Melihat senarai penceramah dan pembentang kertas wakil-wakil dunia hadir,Singapura, China, Korea, USA,UK dan Japan.
Terasa juga saya Malaysia tidak mendapat tempat dalam senarai bandaraya 'liveable' (layak di diami) dan paling kecil hati bila currency RM tidak boleh di tukar di hotel kami tinggal, Pan Pacific Singapore. Matawang Hongkong,Cina,Korea,Jepun semua di beri tempat. Ya juga kerana Malaysia terletak di South east Asia dan masih belum negara maju. Kasihan...
Walaupun saya tidaklah kerap ke Singaoura, paling terakhir tahun 2009,tetapi yang masih segar dalam minda dan pengalaman ialah 30 tahun lalu saya 'transit' daripada Sarawak kerana penerbangan singgah di Singapura. Se ingat saya Singapura masih macam Malaysia sekarang..belum ada MRT (Mass Rail Transit), matawang masih belum melonjak dan hotel kami tinggal 3 bintang.
Hari ini hampir 30 tahun kemudian Singapura yang ada 'road map' 30 tahunnya telah meletakkan dirinya sebaris dengan negara maju. Kebetulan sempena persidangan summit ini bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yu di laporkan berucap. Dalam berita tempatan sedutan kata-katanya membuat saya gelak...dulu katanya warga Singapura pengotor,kencing di tepi-tepi jalan....kita kena tegas katanya supaya rakyat berdisiplin,berfikiran maju dan first world.
Saya teringat kertas cadangan saya untuk ucapan penangguhan mesyuarat majlis MBSA pada 30 Jun yang akan di bacakan rakan sejawat Ahli Majlis. Isu penguatkuasa saya sentuh kerana ia ketara lemah....nak belajar daripada Singapura rasanya kena bermula daripada pemimpin. tak tau siapa pemimpin sekarang,terlalu banyak orang berkuasa dan memegang kuasa, sampai-sampai tidak tahu kerja siapa (kisah somebody want anybody to do something, ended by nobody)
Apa pun daripada daripada bahan summary yang di sertakan dalam summit ternyata Singapura amat serius ingin menampilkan keberkesanan Bandarayanya sebagai 'liveable dan sustainable termasuk menjaga persekitaran. Khabarnya memang tahun 2010 Singapura mendapat tempat pertama di dunia mengatasi bandaraya di USA (maklumat internet). Semasa lawatan ke land transport gallery suami saya bercerita dalam tahun 2050 Singapura inginkan suasana bermaklumat menguasai sistem pengangkutannya dengan perkataan 'ubiquitious' bermaksud di mana-mana sahaja rakyat atau pelancung yang berada di Singapura akan diiringi maklumat yang tepat dan canggih. 40 tahun akan datang...doa saya agar ruh saya selamat di sisi Allah.
Apa pun pengalaman saya di Singapura kali ini berlainan sekali dengan 30 tahun lalu. Dulu saya masih muda, anak masih kecil. Teringat saya Along anak yang tua ketika itu demam dan suami saya berpeluh mengendungnya, mencari air kelapa dan sepanjang malam kami bergilir kerana rengeknya tidak selesa. Kini dalam umur 30 an lebih kesibukannya tidak sempat kami nak kongsi pengalaman indah. Harapan saya bila saya tiada mereka adik beradik dapat menyingkap sejarah perjalanan kami mendidik mereka, mungkin tidak terbaik tapi semampu menjadikan merkeka kenal Allah dan mempunyai 'road map' bertemu di alam akhirat dengan selamat.
No comments:
Post a Comment