Singapore
Melawat Jurulatih Painting
Suasana Singapura yang 'liveable'
Di Majlis perkahwinan anak teman
bersama remaja di Urban Kiosk
Salam
IT savvy merupakan ungkapan yang membezakan remaja dan golongan berusia.
Saya dan suami berkesempatan bertemu tiga remaja berumur 20an yang amat savvy menggunakan IT. Selain berkomunikasi melalui blackberry semua isu dan soalan yang kami ajukan dirujuk kepada internet.
Saya berkongsi pengalaman menanam pokok di MPP Zon 3 sebelah pagi hari itu dan menceritakan sejarah sebuah pokok amat besar yang dapat menyediakan 350 bilik hotel dengan menggunakan sebatang pokok sahaja. Oleh kerana saya terlupa nama pokok itu saya hanya menyebutkan ia berasal daripada California, USA. Tak sampai satu minit salah seorang memberi jawapan pokok 'SEQUIAES' dengan gambar sebuah kereta perking di dalam batangnya.
Saya merujuk pula kata-kata AsSyahid Hasan AlBanna. Sepantas kilat mereka menyenaraikan 'sayings of Hassan Albanna', masyaAllah, banyaknya jasa mereka yang menyediakan maklumat dalam internet kerana ia memudahkan pengguna membuat rujukan. Tidak hairanlah ramai penuntut IPT yang mahir IT lulus dengan cemerlang. Ia memerlukan satu klik sahaja untuk membuat assignment. Alhamdulillah satu kebaikan IT. Garis pemisah internet sebagai satu innovasi yang positif berbanding dengan kesan negatif amat halus, ia terletak dalam jiwa yang mampu atau tidak mengawal nafsu dan bisikan syaitan.
Perbincangan kami malam itu berkisar tentang kemantapan solat dan makna surah AlFatehah yang membezakan sah atau tidak amalan solat seseorang. Bila kami menguji makna alFatehah dengan pantas mereka menjawab. Rupa-rupanya mereka merujuk kepada internet. Saya mengucap syukur dan berpesan supaya maksud alFatehah di resap dalam jiwa.
Tidak saya sangka sepanjang hari Ahad 27 Jun 2010 saya membariskan aktiviti yang panjang sekali. Sejak awal pagi program menanam pokok MPP, menerima tamu adik saya dan keluarganya, menghadiri perkahwinan anak seorang teman, meninjau sebuah sekolah tahfiz di Sg Ramal Kajang, menziarahi rumah bekas jurulatih painting dan malamnya bersama remaja yang IT savvy. Tidak terasa penatnya sepanjang hari tersebut kerana setiap aktiviti mempunyai keunikannya tersendiri. Doa dan syukur saya kerana ada peluang remaja hari ini memantapkan ilmu jika mereka bijak menggunakan maklumat di hadapan mata.
Kebetulan saya akan menyertai suami ke Singapura hari selasa 29 Jun. Ia akan memberi saya peluang melihat sendiri konsep Singapura menjadi liveable dan menyediakan sumber manusia yang berkualiti. Bagi remaja Muslim diMalaysia kelebihan mereka perlu di perteguhkan iaitu beriman dan bertaqwa. Ia akan melengkapkan IT Savvy dengan kerendahan hati untuk bersyukur.
No comments:
Post a Comment