NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, July 12, 2010

SIAPA MENANG


Gambar sekitar program Aman palestin di Kemaman
Dua bakal pemimpin dalam lawatan ke Bandung


Salam

Ahad 11 Julai tarikh perlawanan final bolasepak dunia anjuran FIFA di Afrika Selatan. Ada kes sotong meramal Pasukan Spain menang. Dengarnya memang Spain juara mengalahkan Holland.

Kebetulan sepanjang sebulan tempoh perlawanan bola dunia itu saya amat sibuk bermula 11 Jun - 16 Jun ke Sri Lanka, Simposium Taman Tasik Shah Alam, diikuti ke Singapura 29 Jun-2 Julai, ke majlis penerimaan cek untuk Aman Palestin di Kemaman Terengganu 2-4 Julai. Sempat menziarahi adik suami Dr Ahmad Lutfi dan bermalam di apartmentnya di Kuala Terengganu dan menonton perlawanan bola sepak antara Germany melawan Argentina, di menangi Germany. 7-11 Julai ke Jakarta dan Bandung. Alhamdulillah selamat semua.

Pelbagai kontroversi melanda agenda perlawanan bola, yang paling sengit perdebatan ialah menghalalkan judi bola sepak. Akhirnya tuntutan rakyat terpaksa di penuhi kerana kesan judi perit sekali bagi yang 'kaki'. Berapa ramai orang yang kalah judi merana dan porak peranda hidup mereka.

Apa pun saya melihat sekitar perlawanan bola budaya asing mendominasi masyarakat seluruh dunia, antaranya mengecat muka dan badan, menyediakan skrin besar untuk peminat menghadap tv sepanjang malam di restoran dan dataran-dataran termasuk di i City dan SP Setia Shah Alam. Semuanya dengan kebenaran PBT. Kebetulan 6 Julai tarikh akhir perlantikan Ahli Majlis sesi 2009-2010 saya dan rakan-rakan tidak dapat berbuat apa-apa dalam keputusan-keputusan yang berlaku mutakhir ini di MBSA.

Saya teringat sebuah kisah seorang sahabat Rasulullah saw yang di tanya seorang awam mengenai perlumbaan kuda "siapa yang menang? Dengan tegas sahabat tersebut menjawab 'orang-orang yang beriman, bertaqwa dan khusuk dalam solat' Yang bertanya menjadi marah menyatakan soalan yang di tanya bukan tentang akidah...namun sahabat tersebut tetap menyatakan yang menang ialah orang-orang yang khusu' dalam solat (Surah Al mukminun 1-2)

Begitulah akhirnya kemenangan dalam hidup bukan yang bercorak 'temporal' (sementara) tetapi yang kekal selamanya. Saya amat yakin selepas perlawanan selesai banyak lagi perkara dan masalah akan timbul bagi semua pihak terutama merombak semula sistem yang di pasang, menyelesaikan bayaran sewa, menyesal berpoya-poya. menyesal dan menyesal....marah-marah kerana banyak kerja tertunda, bagi pelajar juga mungkin menjejas prestasi kesan berlewat-lewat malam sepanjang bulan.

Iktibar pesta bola sepanjang bulan bagi saya ialah tidak mungkin manusia bahagia dan menang dengan berho..ha sana sini, menarikan lagu tema Afrika berunsur lucah dan menanam sikap berlomba yang melampau batas..Yang menang ialah mereka yang bersederhana dalam mengawal minat kesukanan supaya tidak 'mempertuhankan' bola. Soalan saya sekali lagi ialah SIAPA MENANG?

No comments:

Post a Comment