NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, July 18, 2010

SATU KEBETULAN ATAU TANDA AKHIR USIA?








Gambar hiasan


Salam

Jumaat 16 Julai saya dan suami ke bank Islam bertanyakan satu kesilapan menulis cek bernilai RM6,600 kos tempat tinggal seorang teman dan suaminya sepanjang menunaikan Umrah di Mekah tahun ini insyaAllah.

Isu yang kami runsingkan sampai terpaksa menghubungi teman pengeluar cek, bank penerima dan bank pembayar ialah yang tercatit dalam slip kemasukan berjumlah RM1,600 sahaja. Entah mengapa saya tidak runsing kerana yakin dengan kecekapan pihak bank mengesan kesilapan.

Suami saya rasa sedikit terkilan kerana sewaktu beliau menulis slip kemasukan cek keadaan kesihatannya kurang baik.

Setiba di kaunter Bank Islam pegawai bank terus menyemak kertas slip penghantaran cek dan mengeluarkan kenyataan bank yang tercatit di situ jumlah RM6,600 yang masih menunggu 'clearance' . Namun beliau juga menyatakan slip RM1,600 pun sah kerana ia telah di masukkan dalam bulan April...mendengar bulan April saya tergamam...ni bulan Julai encik... Oops...slip yang di kemukakan ke bank salah rupanya....

Entah kebetulan atau tanda akhir usia, saya langsung tidak menyemak tarikh dan nama bank yang tercatit dalam slip. Yang saya nak lihat ialah jumlah RM6,600 dan bila yang tercatit RM1,600 saya terus bertanya siapa nak tampong lagi RM5000? Ketara dalam slip bulan April ialah nama bank yang berbeza dengan cek yang berjumlah RM6,600.

Rupanya sampul surat yang saya semak tentang cek ialah yang mengandungi cek bulan April. Macam mana ia boleh berada dalam simpanan saya?...baru saya teringat bahawa sampul surat itu tidak sempat saya keluarkan daripada beg sejak bulan Mei...dan menjelang sibuk sepanjang Jun dan kini Julai, ia masih dalam simpanan saya.

Di mana pula slip cek yang terakhir?? rupanya selepas memasukkan cek slip itu suami saya simpan di rumah dan tidak di beri kepada saya.

Kami bedua termenung panjang selepas memohon maaf kepada pegawai bank kerana silap menyemak fakta. Bagaimana boleh berlaku slip kemasukan cek bernilai RM 6,600 tidak di kesan dan bila cek lama tercatit RM1,600 kami terus bertindak tanpa melihat tarikh dan bank pembayar yang jauh berbeza daripada cek teman saya???

Satu kebetulan? tanda hujung usia dah tak nampak fakta penting? terburu-buru berindak? sibuk? tertekan? entahlah, mungkin semua fakta tersebut kerana memang banyak maklumat sampai kepada saya akhir-akhir ini yang sukar saya hadzam dengan baik sampai tak sempat meyemak fakta dalam slip bank...

Iktibarnya ialah sebelum berhadapan dengan pihak berwajib semak dulu fakta agar tidak malu sendiri kerana cuai! Alhamdulillah kini semua urusan beres dengan izin Allah.

Saya berdoa pemergian kami menunaikan ibadah umrah dengan teman sepanjang Ramadhan di perkenankan, di permudah dan di berkati. Memang berbeza jika seseorang pergi di akhir usia...pelbagai kemungkinan boleh berlaku, sakit, lupa, malah tidak kembali ke tanah air semula...seorang sepupu saya Hj Ahmad Nisfu Bin Hj Md Rasip hari ini 18 Julai meninggal dunia di tanah suci Mekah.. innalilahi .... wainnailaihirajiu'n. Semoga ruhnya di cucuri rahmat oleh Allah kerana meninggal di tempat yang baik, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment