NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, July 27, 2010

NENEK DAN BAYI


makan malam di D'Arab Cafe Anjung 7 Shah Alam










hamzah
adam
nenek

Salam

Sabtu 24 Julai saya telah berada di lapangan terbang Sultan Ismail Petra Pangkalan Chepa Kota Bharu sejak jam 1 petang. Penerbangan ke Subang dengan firefly di jangka 4.45 petang. Terlalu mewah masa saya yang saya isi denga menghabiskan sebuah buku mengenai Imam Muhammad Bin Abdul Wahab. Terlau berbeza realiti tuduhan 'wahabbi' yang sering di perdebatkan dengan fakta mengenai imam yang banyak jasanya di negara Saudi sekarang.

Seorang teman daripada Shah Alam yang saya temui di kedai buku pagi itu menyebut serik naik firefly kerana mudah di ganggu angin kuat. Kebetulan sewaktu saya datang memang angin teralu kuat memukul kapalterang berkipas ini hampir-hampir saya rasa akan terjunam jatuh...masyaAllah ketika itu saya dapat rasakan hanya Allah yang ada..memegang sekuatnya tempat duduk (seat) kerana goncangan tidak memberi ketenangan, hanya doa ya Allah kalau aku mati dalam keadaan kapalterbang terhempas, terimalah aku sebagai seorang syahid...saat segala harta dunia tak ada nilainya itulah dia, yang di ingat ialah redai aku ya Allah...musafirku bukan untuk maksiat. "Boom...tayar kapalterbang terhempas...brek di kenakan oleh pilot terasa kami penumpang yang membrek..alhamdulillah kami selamat dengan izinMu ya Allah.

Setibanya di Subang kami bergegas menjemput seorang peserta kraf yang menumpang di rumah saya sejak hari Khamis menyertai Karnival Usahawan di Bukit Jalil. Kalut juga di buatnya kerana perancangan awal tak menjadi kenyataan. Seorang lagi pengkeraf yang memiliki kereta katanya enggan menyambung jualan di karival kerana tidak ada orang. Mujurlah suami saya faham tak rugi menolong orang dialah yang menjemput dan menghantar peserta keraf sejak petang Jumaat.

Sebaik selepas menunaikan solat maghrib kami ada temujanji di D'Arab Cafe bertemu keluarga kak Chak yang akan membawa pulang ke Kedah ibu mereka yang selama ini di jaga dan di asuh kak chak. Kini menjelang beliau akan menunaikan umrah bersama kami ibunya akan tinggal di rumah salah seorang adik perempuanya di Kota Kuala Muda. Baru saya maklum ibu tua ini empunyai 10 orang anak, 9 masih hidup yang tua kak chak. Malam itu adik kak chak yang ke 5 dan 8 ada bersama makan malam satu famili. Kami juga menjemput kawan peserta kraf dan adik iparnya seorang berbangsa Iban dan masih beragama krisian (suaminya memeluk Islam sebelum berkahwin dengannya)

Saat indah dengan seorang nenek ialah bila kami di hidangkan iskrim. Nenek yang saya jangka berumur lewat 80an amat girang makan macam anak kecil..satu lagi fenomena sunnatullah, bila kita kian tua kita akan menjadi anak-anak semula di jaga dan di asuh kerana nenek kurang ingatan dan kerap mengulang apa yang di lakukan serupa seorang bayi.

Petang ahad 25 Julai kami mengadiri kuliah di rumah Hj Rosli. Kebetulan dia baru menerima cucu baru Adam...bila di tanya lagi siapa nama cucu..ADAM...seorang cucu yang lahir sebelumnya di beri nama Hamzah...ada lagitambahan saya tak ingat.

Membandingkan dua senario dan fenomena kejadian Allah nenek dan bayi...kak chak tau tak banyak beza menjaganya. Keinsafan menerpa di jiwa ini...jika saya jadi bayi semula siapa nak jaga saya...sekarang pun saya tak mampu jaga cucu..
Ya Allah jangan biarkan aku menyusahkan orang lain dalam hidupku...jangan biar aku jadi bayi semula lupa mengurus diri..matikan aku disaat aku paling ingat dan mencintai bertemu denganMu. Saya harap doa ini akan menjadi senjata saya mulai sekarang. WaAllahu'alam


No comments:

Post a Comment