Salam
Ahad 27 Jun 2010 padang permainan di Jalan Amber 7/16 Seksyen 7 Shah Alam menerima tetamu 91 pokok baru di tanam di sekitar padang.
Alhamdulillah, satu aktiviti yang amat berfaedah di kongsi bersama Jabatan Taman MBSA dengan penduduk agar 'go green' bertujuan menambahkan tanaman yang bukan sahaja mencantikkan senario kawasan tetapi menyumbang kepada banyak kelebihan hidup bersama kehijuan. Proram ini serentak di adakan di beberapa MPP dan MPP Zon 3 bertuah terpilih.
Menyertai acara perasmian saya berhadapan dengan pelajar-pelajar yang 'excited' kerana mereka akan menanam pokok yang akan di'angkatkan' dan mereka juga di beri mandat untuk melihat keadaan pokok bersama keluaraga. Amalan ini di harap dapat memupuk semangat cintai pokok dan menjaga kehijauan alamsekitar supaya tidak dimusnahkan.
Pesanan ringkas saya ialah remaja dan pelajar yang masih muda haruslah hidup seperti sebatang pokok berbuah manis, jika orang melemparnya dengan batu, pokok akan membalasnya dengan mengugurkan buah yang manis. Maksud kata-kat AsSyahid Hassan Albanna ini ialah manusia hendaklah memiliki sifat selalu ingin menyumbang dan memberi sekalipun berhadapan dengan ujian dan kekasaran.
Jika pokok boleh mendidik makhluk seperti manusia apatah lagi manusia dengan kelebihan otak berfikir mestilah dapat menjangkau memberi sumbangan lebih besar.Ini yang berlaku dikalangan cerdik pandai yang telah membina pelbagai tamaddun kerana mereka selalu berkongsi kebaikan dengan orang lain. Nama mereka di catit sebagai wira di sana sini semata-mata kerana membuat kebaikan. Sebaliknya ada juga nama penyumbang keburukan yang di sebut orang sebagai iktibar agar tidakmencontohi mereka.
Apabila pelajar di tanya mengapa pokok di jaga rapi waktu umur muda cepat-cepat pelajar menjawab pokok masih belum kuat menahan badai dan angin kencang serta gangguan sekitar. Lantas saya kaitkan anak-anak dengan keperluan mereka di jaga oleh ibu bapa dengan rapi agar tidak kecundang dengan pengaruh yang merosakkan identiti mereka. Kuiz dan hadiah yang di sediakan oleh Jabatan taman denganmudah di ajwab pelajar yang peka tujuan aktiviti di jalankan.
Begitulah sejarah pokok yang tidak akan di tanya amanah kepimpinan sepertimana manusia. Dalam sebuah ayat AlQuran orang-orang yang ingkar dan kufur di Akhirat nanti tidak sanggup melihat kerosakan yang dilakukan tangan sendiri (kezaliman dsbnya) lantas berkata 'alangkah baiknya seandainya dahulu aku jadi tanah' (surah An-Naba:40)
No comments:
Post a Comment