Bot membawa DYMM Sultan dan VIP
9.00 pagi 26 Jun Sabtu saya menghadiri perasmian Hari Ilmu Selangor di Taman Tasik Laman Budaya Shah Alam. Program di rasmikan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin.
Program turut mencatatkan rekod pembaca paling ramai yang sekaligus membaca selama satu jam di sekitar Taman Tasik oleh Guiness Book Of Records. Kiraan pengunjung yang membaca mencicah hampir 15 ribu orang sedangkan dalam perancangan awal hanya di jangka 5 ribu orang sahaja. Syabas dan alhamdulillah di atas usaha unik ini kerana bukan senang nak mencari orang suka membaca sekarang ini. Dalam program pagi itu semua pengunjung di minta membawa sebuah buku dan membacanya bersama selama satu jam dan kemudian menghadiahkan buku tersebut kepada pihak perpustakaan.
Saya amat tersentuh bilamana ADUN pendidikan tinggi Dr Halimah menyatakan perpustakaan sebagai universiti rakyat. Terasa tercabar jika ada dikalangan rakyat yang menyepi diri daripada membaca atau berkunjung ke perpustakaan kerana ini menunjukkan semua layak ke universiti. Maksud universiti bukan sekadar segulung ijazah sahaja, yang lebih penting ialah ilmu yang di garap untuk di kembang dan dimanfaatkan selepas itu.

Sebelum ke program saya sempat mencapai buku tulisan Amru Khalid bertajuk ' Dengan NamaMu Aku Hidup:indahnya Nama-nama Allah'. Tidak saya sangka masa satu jam saya abadikan membaca hampir 100 muka surat daripada lebih 500 muka surat dalam buku itu. Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya ada sedikit kemahiran pantas membaca kerana minat suka membaca di pupuk oleh arwah ayah saya sejak umur 10 tahun. Rekod pagi itu memeranjatkan seorang kakitangan MBSA yang terus mengambil buku itu untuk bacaannya, kemudian katanya akan di serahkan kepada pihak perpustakaan.
Menyebut isu membaca seorang teman saya menyatakan pengalamannya menjadi Perunding mengajar bahasa Inggeris sering berhadapan dengan pelajar kekurangan vocabulary (ungkapan dan perkataan) bila ingin menulis atau bertutur. Ini katanya di sebabkan pelajar kurang membaca dan minda mereka terkapai-kapai mencari perkataan untuk menulis dan bertutur.
Harapan saya ialah program membaca yang di anjurkan oleh kerajaan negeri Selangor terus di budayakan dan amalan membaca sebagai pencetus tamaddun bangsa menjadi sebati kepada semua golongan yang ingin berjaya. Pengalaman juga mengajar saya berapa banyak perkataan atau ungkapan yang akan hilang menjelang usia tua. Jelas membuktikan pelaburan membaca sewaktu umur muda amatlah kritikal.
Namun apa yang sedang melanda anak-anak muda hari ini...sama-sama kita doakan yang terbaik akan berlaku bilaman masyarakat akan dikejutkan daripada lena yang lama dek biusan hiburan melampau yang membutakan mata hati pengikut setianya. Mudah-mudahan selepas kejutan itu ramai yang mula MEMBACA DENGAN NAMA ALLAH dan menghasilkan kejayaan KERANA ALLAH. WaAllahu'alam
No comments:
Post a Comment