NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, January 16, 2011

SIKAP MEMBERI YANG MEMUDAHKAN



Banner di hadapan Kompleks Anjung 7 seksyen 7 Shah Alam

Salam

Sabtu 15 Januari 2011. Banner Galeri Mawaddah telah mula di pasang di Kompleks Anjung 7. Saiznya agak terlebih besar namun kena iklankan juga. Promosi Hani's Ring masuk hari kedua di kawasan Food court Anjung 7 disamping menyediakan keperluan pek hamper untuk perayaan Tahun Baru Cina.

Antara rahsia kejayaan perniagaan ialah iklan yang menarik dan kaedah memasarkan produk. Kalau produk baik pun jika pemasaran tersilap dan produk tidak dikenal sukar menembusi pasaran. Fokus saya ialah Hani's Ring dan hamper Mawaddah Kraf kerana ia berkaitan dengan wawasan mengembalikan deriarasa makanan tradisional yang asli dan menyokong program kitarsemula demi kesejahteraan alam.









Lokasi Galeri Mawaddah di Kompleks Anjung 7

Alhamdulillah sejak bermula akhir tahun 2010 kini Hani's Ring di santuni dengan baik dari segi cara membuat dan menggoreng oleh pembantu yang semakin pakar. Beberapa kelemahan yang dikenalpasti berhubung citarasa kuih dan pembungkusan cuba di atasi sebaik mungkin. Bahan mentah (dough) memang perlu mengekalkan yang asli dan di 'import' selang beberapa hari dari JB ke Shah Alam. 'Jihad' juga tu kerana transport 'dough' kadang-kadang sampai ke Shah Alam hampir jam 2.00 pagi!!

Puan Siti Norhasimah begitulah nama petugas yang mahukan Hani's Ring menembusi pasaran luar negara mencontohi iklan broadband tentang pemasaran kek Lapis Sarawak melalui internet ke Singapura dan Brunei. Pasti tidak ada yang mustahil jika kita fokus dan sentiasa meningkatkan kualiti.

Menjelang petang Hani's Ring mendapat sambutan pelanggan yang datang ke Anjung 7, alhamdulillah ramai teman yang kami dekati untuk merasai (food taste) kuih deram asli ini memuji rasanya sedap, semoga ini petanda mudah dipasarkan.









Rumah Mewah atas bukit Seksyen 7

Di sebelah petang saya dan suami hadir jemputan majlis perkahwinan di kawasan rumah mewah seksyen 7. Ramai penyokong parti Islam hadir kerana tuan rumah orang kuat dalam parti, alhamdulillah. Siapa kata parti Islam hanya untuk orang biasa, saya teruja juga untuk mempamerkan kekuatan Islam melalui 'kekayaan' kalaulah kekayaan tidak merosakkan iman saya.

Agenda terakhir hari Sabtu ialah mesyuarat dengan Urban Team (UT). Hampir senja baru wakil UT dapat melapangkan masa. Fokus UT adalah pendaftaran di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Satu sindrom dalam masyarakat ialah kerja kemasyarakatan selalunya hambar dan kurang menyeronokkan. Saya baru membaca sebuah tulisan tentang bagaimana para sahabat Rasulullah saw meyakini sikap 'MEMBERI YANG MEMUDAHKAN.'. Mereka di didik untuk menyumbang apa sahaja yang mereka mampu termasuk tenaga demi memenangkan Islam. Kemenangan demi kemenangan yang di raih setelah lama mereka berkorban dan 'MEMBERI' kelebihan nikmat Allah dengan ikhlas merupakan 'sunnahtullah' di jalan Allah.

Berbalik kepada komitment UT untuk membantu remaja kota melalui proses pemulihan jatidiri kesan pengaruh barat yang keterlaluan, kami insaf betapa kurangnya tenaga untuk menanganinya. Baru-baru ini adik saya memaklumkan satu program JatiDiri anjuran Haluan, sebuah NGO telah berjaya mengumpulkan pelajar lepasan SPM selama tiga minggu di ILIM Bangi. Terdetik di hati agar UT menjalankan program secara kerjasama dengan Haluan.

Menurut rumusan adik saya, pengisian dan kesan program yang dikendalikan oleh 'orang muda' di nilai amat cemerlang. Jelas sekali anak-anak muda lebih selesa menghadiri program yang dikendalikan rakan sebaya mereka. Sebaliknya melalui pengalaman saya banyak NGO yang diaktifkan oleh warga emas tanpa menyediakan pelapis untuk mengambil alih. Pernah saya dengar komen peserta yang menyatakan program anjuran warga emas bermotifkan 'syok sendiri'. Komen yang menyedihkan, namun perlu di beri perhatian.

Semoga nawaitu saya menggerakkan Galeri Mawaddah sebagai medan remaja berprestasi menjadi kenyataan. Tugas saya hanya membuka ruang membantu peserta sedia ada membawa produk mereka untuk di pasarkan. Selain Mawaddah Kraf yang di usahakan oleh ramai ibu-ibu tunggal, saya di datangi saudara baru, OKU, suri rumah dan kumpulan miskin untuk menyertai Galeri selaku pembekal dan petugas sambilan.

Terkini tiga orang wanita (suri rumah) memfokus menyediakan kuih denderam (Hani's Ring) sebanyak mungkin setiap hari kerana seorang usahawan remaja yang berpotensi akan memasarkannya ke cawangan-cawangan D'Arab Cafe yang kian bertambah sekarang. Seorang saudara baru menawarkan Kek Lapis Sarawak sementara pesert OKU meletakkan taula wanita herba untuk jualan.

Wajar juga saya melibatkan diri dalam program keusahawanan diakhir hayat ini kerana terkesan juga di hati melihat banyak kejayaan perlukan sikap 'MEMBERI' terutama dalam bentuk kewangan dan harta (Al Mal). Apabila seorang ibu mengadu hal dan masalah, daif rasanya diri ini tak dapat menyumbang apa-apa. Lantas objektif saya bersama seorang teman (ibu tunggal) berhasrat agar satu hari kami dapat menyediakan sebuah rumah perlindungan wanita yang mantap kewangan dan pengurusannya.

Seringkali juga saya mendapat berita pelajar dalam dan luar negeri terputus belanja untuk menyara diri sewaktu belajar. Ada yang hampir terlepas tarikh untuk mendaftar sebagai pelajar Phd. Sedih rasa hati kurang mampu menghulur lebih daripada sekadar belanja sehari dua. Apatah lagi komitmen untuk membantu umat lslam yang tertindas di Palestin dan di seluruh dunia memerlukan biaya yang berterusan dan bukan sedikit.

Baru-baru ini cita-cita mengujudkan tabung projek di Garut turut memberi kesan kerana selama ini kami hanya meminta ihsan penyumbang daripada Jakarta. Harapan ingin mengurangkan sikap 'meminta-minta' daripada orang lain berkobar-kobar.

Sabda Rasulullah saw bermaksud:

"Sesungguhnya meminta itu TIDAK HALAL melainkan bagi salah satu dari TIGA golongan,iaitu orang yang MENANGGUNG HUTANG, maka baginya halal meminta sampai cukup untuk membayar hutangnya, setelah itu ia harus berhenti meminta. Juga untuk orang yang DI TIMPA MUSIBAH yang sampai mengakibatkan semua hartanya musnah, maka baginya halal meminta sampai cukup untuk keperluan hidupnya. Juga untuk seseorang yang DI TIMPA KEMISKINAN (di buktikan miskin oleh tiga orang) maka baginya halal meminta sampai cukup keperluan hidupnya.Meminta selain itu adalah perbuatan haram dan memakannya bererti memakan harta haram.(Muslim)

Ini menunjukkan betapa penting SIKAP MEMBERI YANG MEMUDAHKAN. Sebelum di timpa musibah lebih baik memberi kerana ia memudahkan hidup kita insyaAllah.

Rasulullah saw juga bersabda 'Sedekah yang paling utama adalah sedekah di kala i) dalam keadaan sehat,ii) sedang teramat sayang pada harta, iii) sedang takut jatuh miskin dan iv) sedang mengharap kekayaan."








Sumbangan KOHATSA kepada Muhd Sidek bakal pasangan Kamisah
Bergambar kenangan dengan pasangan pengantin (Kamisah di tengah)

Sepanjang menyantuni seorang ibu tunggal yang terlibat dengan Mawaddah Kraf hampir 10 tahun, saya amat terasa di permudahkan kerana memberi 'ruang dan peluang' kepadanya menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau juga banyak 'memberi' tenaga ikhlas setiap kali menginap di rumah saya. Kini dalam beberapa hari lagi (22 Januari) sikap 'memberinya' akan mempermudahkannya mendapat jodoh seorang yang amat sesuai untuk mendidiknya menjalani kehidupan, amiin.

Walaupun saya akan kehilangan tempat untuk'memberi' dan juga akan ternanti-nanti sifatnya yang suka memberi tenaga dengan ikhlas, keyakinan saya bertambah kental tentang mesej ' SIKAP MEMBERI YANG MEMUDAHKAN' WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment