'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Wednesday, January 19, 2011
HAFAL ALQURAN BANTU KESABARAN
Salam
Ramai ibu yang mengeluh anak-anak remaja mereka kurang berakhlak dan mengecilkan hati mereka. Cara cakap, berpakaian dan teman pergaulan anak-anak mula merunsingkan.
Phasa yang dilalui oleh semua ibu rasanya sama kerana seingat saya masa saya remaja bukannya mudah untuk menundukkan 'ego' remaja. Mutakhir bilamana cucu 'muncung' bila di tegur terguris juga hati, namun cepat-cepat beristighfar kerana saya memang pernah melakukannya kepada arwah ibu saya.
Maksudnya 'what goes around comes around', apa yang pernah kita lakukan akan datang semula kepada kita'.
Dalam sebuah pertemuan seorang ibu tunggal yang mendidik empat orang anak kelihatan tenang sekarang. Rahsianya???
'saya menghafal alquran sekarang' ,setiap kali anak saya berkarenah saya dapati hati saya kurang tersentuh..tidak marah-marah kerana kata-kata ibu itu doa...saya yakin ayat AlQuran menjadi pendinding kepada perasaan saya.'
MasyaAllah...tersentuh hati saya dengan perkembangan positif ibu gigih ini. Tepat sekali ayat Alquran itu mukjizat dan ia berpengaruh terhadap sifat syaitan iaitu MARAH..amiin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment