NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, December 31, 2019

WAWASAN 2020 YANG GAGAL

بسم اللّٰه الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة اللّٰه وبركاته
Rabu 1 Januari 2020/ 5 JamadilAwal 1441H


الحمدالله...tepat jam 12.00 tengahmalam ...kedengaran dentuman bunga api di sekitar Shah Alam...mungkin di iCity..berdurasi lama juga...tanda menyambut kedatangan tahun baru Masehi 2020. Bagi umat lslam tahun baru jatuh di awal Muharram selesai musim Haji yang baru berlalu.

Senghaja saya membuat catatan di awal tahun 2020 ini untuk meletakkan wawasan yang sewajarnya saya dan semua umat lslam lakukan iaitu meliputi alam dunia, alam kubur (barzah) dan akhirat. Di bimbangi kalau wawasan ini gagal di unjurkan pasti tidak tercapai satu cabang pun alam kehidupan..apatah lagi kehidupan abadi di akhirat.

Gagalnya Wawasan 2020 yang di cetuskan di era pemerintahan Tun Mahathir kali pertama lantikannya sekitar tahun 80an hingga awal 2003 adalah di sebabkan mentaliti umat yang tidak di persiapkan untuk BERJIHAD ... mengambil bahasa alquran yang membariskan syuhada (orang berjihad) sebagai golongan yang Allah beri nikmat bersama para Nabi, Siddiqin dan Solihin. Apabila cara berfikir umat di belai untuk hidup selesa tanpa berjuang lahirlah golongan yang mudah sentap, merungut, marah2 malah mengugut apabila kehendak mereka tidak tertunai. Akhirnya tuan tanah tergadai di bumi sendiri..sukar saya perjelaskan namun ia berlaku di kawasan bandar yang hakmilik tuan tanah rata-rata terjual kepada kaum lain atau pemodal yang kaya raya.

Selain pendapatan rakyat yang tidak seimbang dan tidak mencapai paras pendapatan negara maju wawasan 2020 juga gagal memberi kesejahteraan hidup dikalangan rakyat berbilang kaum. Moral rakyat sukar di bendung kesan teknologi maklumat di hujung jari..minimanya penyebaran berita palsu,fitnah dan scam ysng berleluasa.

Semoga para pemimpin negara sedar betapa beratnya tugas mendidik masyarakat akhir zaman yang berpaksikan materialistik, nafsu dan kebejatan akhlak..software yang Allah sediakan untuk hamba ciptaanNya memperbaiki kerosakan adalah IMAN dan TAQWA...manualnya ALQURAN..namun dalam surah Alwaqiaah,..ALQURAN tidak mampu di sentuh kecuali orang2 yang DI SUCIKAN..Semoga Allah beri kita kemampuan mensucikan diri dan hati untuk persiapan kehidupan selepas kehidupan dunia..Aamiin

No comments:

Post a Comment