Salam
Ahad 15 April 2012
Sepanjang minggu banyak aktiviti yang ingin di laporkan. Namun sekadar berkongsi dahulu penemuan saya di internet berkaitan AIR/WATER.
Mutakhir ini banyak maklumat tentang air yang perlu di amati kerana selain ia ciptaan Allah yang amat menakjubkan kerana keperluan air amat asas dalam kehidupan bersuci dan sebagainya. Dalam surah AlMulk (30) isu air menjadi bukti kebesaran Allah kerana soalan yang tidak mampu di jawab sesiapa pun makhlukNya
" Katakanlah (Muhammad) 'terangkanlah kepadaku jika sumber AIR kamu menjadi kering; maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?"
Mutakhir katanya air mineral juga di ragui suci dan bersihnya kerana beberapa air mineral berjenama di katakan bertahap rendah kualiti dan gred positif negatifnya kepada kesihatan dan ruh insan kerana sumbernya berdekatan dengan jirat cina malah pembiakan babi, nauzubillah.
Menurut seorang pakar air daripada universiti tempatan air daripada paip di Malaysia di akui bersih,malah lebih terjamin daripada air mineral yang terlalu banyak jenama di pasaran.
MasyaAllah...saya orang yang kerap minum air mineral kerana yakin dengan sumbernya, kini saya mula runsing..seolah makanan dan minuman punca pelbagai kelemahan,baik fizikal,minda dan ruh. Ya Allah beri kami petunjuk bagaimana mengatasi masalah asas hari ini.
Apa pun dalam kajian saintifik mujizat sumber air telah terbukti seperti laporan berikut:
Subhanallah, setiap satu saat kira-kira 16 juta tan air mengewap dari bumi
Berdasarkan
hasil kajian, dalam satu saat, kira-kira 16 juta tan air mengewap dari
bumi. Angka ini menghasilkan 513 trilion tan air setiap tahun. Angka ini
ternyata sama dengan jumlah hujan yang jatuh ke bumi dalam satu tahun.
Per
tahun, air hujan yang menguap dan turun kembali ke Bumi dalam bentuk
hujan berjumlah "tetap": yakni 513 trilion tan. Menurut Harun Yahya,
fenomena alam itu sesungguhnya telah dinyatakan dalam Al-Quran sejak
abad ke-7 M dengan menggunakan istilah "menurunkan air dari langit
menurut kadar".
Mari
kita semak Al-Quran surah Az-Zukhruf [43] ayat 11,'' Dan Yang
menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami
hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan
dikeluarkan (dari dalam kubur). ''
Menurut
Harun Yahya, air sentiasa berputar dalam suatu kitaran yang seimbang
menurut "saiz atau kadar" tertentu. '' Kehidupan di bumi bergantung pada
kitaran air ini,'' ujar pemilik nama asli Adnan Oktar ini.
Bahkan,
kata dia, sekalipun manusia menggunakan semua teknologi yang ada di
dunia ini, mereka tidak akan mampu membuat kitaran seperti ini. Tetapnya
jumlah ini adalah penting bagi kesinambungan keseimbangan ekologi dan,
tentu saja, kelangsungan kehidupan ini.
Satu
penyimpangan kecil saja dari jumlah ini akan segera mengakibatkan
ketidakseimbangan ekologi yang mampu menamatkan kehidupan di bumi.
Namun, hal ini tidak pernah terjadi dan hujan sentiasa turun setiap
tahun dalam jumlah yang benar-benar sama seperti dinyatakan dalam
Al-Quran.
Maha Benar Allah SWT dengan Segala Firmannya.
(sumber dari republika.co.id)
Berita terkini yang saya dapat sebagai kesan gempa bumi/tsunami sekala rektor 8.5 di Acheh baru-baru ini (11 April 2012) air di Danau Toba Medan yang berhampiran Acheh biasanya tenang berpusar seperti dalam Utube di atas.
Sama-samalah kita beristigfar, mengakui banyak kelemahan kita berhadapan dengan kebesaran Allah melalui kejadian alam yang menjadi ayat-ayat kebenaran untuk kita meningkatkan IMAN DAN TAQWA kepadaNya dengan izinNya jua, ameen.
Berita terkini yang saya dapat sebagai kesan gempa bumi/tsunami sekala rektor 8.5 di Acheh baru-baru ini (11 April 2012) air di Danau Toba Medan yang berhampiran Acheh biasanya tenang berpusar seperti dalam Utube di atas.
Sama-samalah kita beristigfar, mengakui banyak kelemahan kita berhadapan dengan kebesaran Allah melalui kejadian alam yang menjadi ayat-ayat kebenaran untuk kita meningkatkan IMAN DAN TAQWA kepadaNya dengan izinNya jua, ameen.
No comments:
Post a Comment