PERTEMUAN DI SEKOLAH ADNI AMPANG KE ARAH MEWUJUDKAN AKADEMI IHES
Khamis 1 Mac 2012/8 RabiulAkhir 1433H
Berita kematian anak seorang teman petang Selasa 28 Februari menyedarkan saya betapa umur manusia adalah ketetapan Allah. Dalam usia 28 tahun dan meninggalkan dua anak lelaki yang masih kecil saya mendoakan ruh arwah di rahmati Allah dan keluarga yang menerima ujian di beri sabar yang tinggi (fasobran jamil). Semoga Allah menggantikan musibah dengan yang lebih baik samada di dunia dan akhirat. Berita ini juga menjurus fikiran saya bahawa persiapan MATI harus lebih utama dalam setiap saat hidup kita.
Agak lama saya tidak menulis kerana memikirkan untuk penubuhan Akademi IHES (Integrated & Holistic Education System) dengan kerjasama pengasasnya dan pensyarah UKM,UUM.
DR ROSADAH MENYAMPAIKAN KERTAS ANAK PINTAR CERDAS DI UKM
Sepanjang mendiamkan diri saya banyak mengambil iktibar fenomena persekitaran yang penuh celaru dengan pelbagai tindakan, pekikan dan kritikan terhadap semua perkara. Silap haribulan kalau tidak ada rujukan AlQuran dan amalan Sunnah mudah saja otak kita menerima pelbagai kerenah berita dan komen yang datang bukan daripada calang-calang orang tapi yang berpendidikan tertinggi dan dari luar negara lagi.
Walaupun tugas lebih banyak daripada masa dan memikirkan isu penting MATI dalam keredhaan Allah lebih penting daripada menilai tindak tanduk orang lain kita tidak boleh lari daripada realiti kehidupan yang berlaku di dalamnya isu TEGURAN DAN KRITIKAN.
Bercerita tentang kritikan saya terbaca sebuah email kisah di bawah ini:
Perkataan lain bagi istilah 'teguran' adalah 'kritikan'. Lazimnya kita yakin bahawa dengan memberikan teguran dan kritikan, kita dapat membantu orang yang ditegur itu supaya memperbaiki dirinya. Berdasarkan keyakinan seperti itu banyak penceramah, ketua, guru dan ibu bapa menggunakan teguran. Maka minda kita selalu mencari-cari perkara-perkara yang dapat dikritik, dengan niat dan harapan perkara itu akan diperbaiki. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad tidak menggunakan teguran dan kritikan bagi tujuan mendorong perubahan tingkah laku daripada yang buruk kepada yang baik.
Aktiviti mengemukakan teguran dan kritikan berfokus pada perkara-perkara di bawah:
a. Mencari apa yang belum betul.
b. Mencari apa yang belum sempurna.
c. Mecari apa yang salah.
d. Mencari apa yang lemah.
e. Mencari apa yang tertinggal.
f. Mencari apa yang cacat.
g. Mencari apa yang terlupa.
h. Mencari apa yang berbeza.
Dalam catatan di bawah ini, berlaku peristiwa bagaimana Saidina Umar bin Khatab mengucapkan kata-kata teguran. Tentu sekali, di sebalik teguran beliau itu adalah niat yang baik. Namun niat baik beliau itu tidak menghasilkan perubahan yang baik, malah sebaliknya. Meskipun kata-kata Umar itu betul, dan niat beliau juga betul, tetapi akibatnya pemuda yang ditegur itu bukan mengucapkan terima kasih kepada Umar, sebaliknya dia angkat kaki dan pergi meninggalkannya.
Pada suatu hari, ada seorang pemuda datang berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia berkata,
“Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat
semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan tuan, maka hukumlah
saya sebagaimana yang tuan mahukan.”
Saidina Umar memarahi pemuda itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata Saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian pemuda itu pergi.
Nabi Muhammad segera menyuruh orang memanggil pemuda itu supaya datang semula. Kemudian baginda membacakan kepadanya ayat ini (Surah Hud ayat 114): “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa perbuatan-perbuatan buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”
Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang sahaja, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?” Nabi Muhammad menjawab, “Untuk semua orang.”
(Hadith ini dipetik dari koleksi hadith-hadith autentik yang direkodkan oleh Abu Daud.)
Saya agak tersentuh dalam kisah penuh saikoloji Rasulullah saw kerana sebagai contoh tauladan umat yang di janjikan kejayaan ini sahaja cara yang dapat memenangi hati seorang insan. Adapun cara menampilkan kebenaran diri dan mendedahkan kelemahan orang terutama dikhalayak ramai ia satu kisah malang yang mengundang kecelakaan.
Beberapa kali saya sendiri pernah di tegur samada secara senyap dan di hadapan orang ramai terasa juga kecil hati, namun saya insaf bahawa semua yang menegur berhati ikhlas. Yang paling cantik ialah dengan menganggap setiap teguran sebagai 'tarbiyyah' iaitu pengalaman pendidikan yang mematangkan pergaulan.
Saya mengambil prinsip jika kita tidak mampu mengawal rasa terkilan setelah di tegur pisahkan diri buat seketika untuk merenung kritikan dan serahkan kepada masa untuk merawat rasa tersebut. Masa akan merawat rasa sedih dan tersinggung kerana masa akan memberi kita banyak insiden yang lebih teruk dan masa juga tidak membenarkan kita murung dengan sedikit teguran. Banyak lagi urusan yang perlu di selesaikan dengan penuh ceria dan kesungguhan,semoga Allah meredai setiap usaha kita.
Rasulullah saw pernah bersabda " Bersemangatlah atas segala yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allah"
BERTEMU TEMAN LAMA DALAM MAJLIS PERKAHWINAN AMAT MENCERIAKAN
MAJLIS KESYUKURAN PEMBUKAAN TERATAI SEA FOOD DI SEKSYEN 13 SHAH ALAM
MAJLIS KESYUKURAN RUMAH BARU HJ HAIRUDIN DAN HARI JADI ANAKNYA
HARI JADI MUHAMMAD DANIEL HAIRUDIN KALI KE DUA (8 TAHUN) 29 FEBRUARI TAHUN LOMPAT (LEAPYEAR)
Sepanjang minggu saya tidak menulis blog, pertemuan dengan ramai teman,saudara mara serta menghadiri pelbagai majlis amat menyeronokkan. Kadang-kadang perpisahan waktu yang lama tidak bertemu menggamit rasa rindu yang di abadikan dalam gambar kenangan. Saya hanya berdoa hasil pertemuan dan perpisahan akan menjadikan hati semakin bertaut dan jangan sekali tergugat dengan sedikit teguran atau kritikan yang membina.
Cuma budaya kita menegur dan mengkiritik seseorang haruslah menerapkan budaya sunnah dan contoh Rasulullah serta kaedah orang yang beriman. Jangan sekali memperlihatkan bahawa kita lebih tahu kerana Allah tidak memberi seseorang ilmu KECUALI SEDIKIT. Yang paling saya bimbang ialah jika kita membuat teguran dan kritikan melulu ikut nafsu. Berhati-hatilah membutirkan kalimah kerana di bimbangi ia menjadi DUSTA dan FITNAH dimana kedua-duanya adalah DOSA yang mengundang MURKA ALLAH.
Kadang-kadang tekanan membuatkan manusia lupa diri dalam menyuarakan rasa tidak puashati. Menurut seorang penulis Syaikh Amru Khalid tekanan menyebabkan manusia mudah terjebak dalam tiga sikap:
1. Hilang harapan atau cita-cita sehingga langkah melakukan perbaikan dan berjuang pun terhenti
2. Bertindak serampangan,hilang petimbangan dan kurang matang dalam melakukan langkah perubahan
3. Cenderung memihak kepada musuh,berada dalam penguasaan mereka dan hidup dalam kezaliman.
Ciri yang ketiga akan menyebabkan seorang Muslim hilang identiti diri dan tidak lagi loyal terhadap agama sendiri (lslam). (rujukan Khowathir Quraniyah-Amru Khalid m.s. 262-263)
Begitulah senario tekanan AQIDAH yang melanda umat lslam hari ini. Keyakinan kita kepada Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Penolong sewajarnya menyebabkan kita lebih GENTAR untuk menyuarakan rasahati sesukanya kerana dalam Surah Hud Allah berfirman
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu di sentuh API NERAKA, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, sehingga KAMU TIDAK AKAN DI BERI PERTOLONGAN"
Nauzubillah...bayangkan Allah sediri berikrar tidak menolong kita?? Kepada siapa lagi kita hendak mengadu?
SHEIKH SAMIR SAQQA DARIPADA SYRIA MEMBONGKAR TRAJEDI DI SYRIA
Kebetulan program membongkar trajedi negara Syria telah di adakan baru-baru ini di mana iktibarnya ialah umat lslam perlulah insaf betapa mudahnya musuh ingin menghapuskan identiti lslam yang sebenar. Tidak ramai yang tahu bahawa kaum syiah di Syria terlalu jauh tepesong daripada amalan lslam yang tulin kerana menganggap Presidennya sebagai TUHAN. Mungkin dunia di saat kehancuran sehingga tidak ada pihak yang mampu menolak keganansan yang di anggap lebih teruk daripada jenayah orang Yahudi di Palestin. Kalaulah senario celaru di Malaysia ini mengambil iktibar keganasan di Syria alangkah baiknya daripada melalak dalam road show disana sini dengan isu yang boleh bersekongkol merendahkan martabat lslam. WaAllahu'alam
No comments:
Post a Comment