Salam
SENARIO BANDAR TANGKAK DARIPADA KAKI GUNUNG LEDANG
Seminggu sebelum bermusafir ke Indonesia sebahagian besar masa saya dan suami menerima tetamu dan menziarahi kenalan dan saudara mara yang kurang sihat. Kami turut menghadiri majlis perkahwinan anak-anak jiran dan kenalan lama.
Sekembali daripada musafir kami terima berita dua peribadi yang kami ziarahi iaitu Cik Gu Rahim di Keramat dan Hjh Faridah Md Zan di Shah Alam telah meninggal dunia,innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Semoga Allah menempatkan ruh mereka bersama orang-orang yang mendapat rahmat dan pengampunanNya.
Kami menerima tetamu istimewa Cik gu Shahidin daripada Kedah dengan penuh gembira. Lebih kurang enam bulan yang lalu isteri beliau meninggal dunia mengejut dan kini beliau telah beristeri bersama seorang anak berumur 12 tahun. Satu ketika dahulu Cik gu Shahidin pernah bersama kami menjalankan program outdoor remaja. Fasa bersama remaja memang teruja kerana kami membawa mereka mendaki bukit dan gunung serta meredah hutan belantara, antaranya Bukit Tabuh Ampang, Sungai Pisang Gombak, Taman Negara Jerantut Pahang dan banyak lagi. Cik gu Shahidin giat berbasikal dan pernah melakukan kayuhan Aman Palestin ke seluruh negara.
Masa berlalu begitu pantas, tup..tup kini Cik gu Shahidin berumur 69 tahun dan anak didik yang menyertai program kami bersama beliau ramai yang telah berumahtangga dan berkarier. Saya sempat menghadiri majlis perkahwinan remaja tersebut yang kini menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kewangan, alhamdulillah.
CIK GU SHAHIDIN TEMAN RAPAT SUAMI SAYA
BERSAMA ISTERI CIK GU SHAHIDIN FATIMAH
ZETI PERNAH MENYERTAI PROGRAM REMAJA- KINI TELAH DEWASA DAN TELAH BERUMAHTANGGA
Seterusnya seorang anak muda yang kami anggap macam anak sendiri turut menziarahi kami bersama isteri yang baru di nikahinya. Dalam umur muda Aimi kini memikul tanggungjawab berat juga kerana turut membantu keluarga besar ibu bapanya yang mempunyai 9 adik beradik. Saya mendoakan pengantin baru ini di berkati hidup mereka hingga ke Syurga,ameen.
MUHAMMAD AIMI DAN ISTERI
CITA-CITA AIMI MEMAJUKAN KERJAYA HINGGA KE TAHAP TERTINGGI
Menziarahi dua teman dan saudara yang maut di serang kanser memberi iktibar kepada kami bahawa tanda kematian ialah apabila makanan dan minuman tidak lagi dapat menembusi saluran usus dan akan keluar semula. Fizikal badan semakin mengurus dan kurang berdaya. Semoga ahli keluarga arwah di beri kesabaran yang tinggi menerima musibah kematian.
MENZIARAHI KAK MIDAH DI HUKM- BELIAU KAKAK SEPUPU SUAMI SAYA YANG TINGGAL DI KAJANG
Saya sempat menziarahi Kak Midah di HUKM kerana kanser servik. Saya doakan Allah sembuhkan penyakitnya yang menyerang ketika beliau kini berumur 70 tahun.
Ke Johor Baharu saya sempat bertemu Kak Maziah yang akan menunaikan ibadah Umrah mulai 7 Mac. Alhamdulillah berkobar semangatnya membuat pelbagai persiapan, semoga ibadah Umrahnya di redhai Allah.
BERSAMA KAK YAH DI JB DAN ADIKNYA SEBELUM BELIAU BERANGKAT KE MEKAH
GAMBAR DARIPADA KAKI GUNUNG LEDANG MENINJAU HOMESTAY HJ AZMAN
Dalam perjalanan pulang daripada Johor Baharu kami singgah di Tangkak dan menjadi tetamu adik saya Hj Azman. Lima tahun lalu beliau mengejut membina sebuah bunglow 13 bilik di kaki Gunung Ledang Tangkak untuk penginapan keluraga bila berkumpul. Saya dan teman-teman dari Shah Alam sempat menjalankan program dan menginap di situ dengan penuh cabaran kesulitan air dan api serta pendakian yang agak sukar. Namun kenangan tersebut menjadi nostalgia yang amat indah hingga ke hari ini.
Sebaik bunglow tidak di jaga kerana kematian penjaganya dua tahun lalu bangunan menjadi sasaran penagih dadah dan semua wiring di pecahkan untuk di ambil coppernya. Menurut Hj Azman runtuh punah hatinya ketika melihat keadaan tersebut dan cita-cita membaikinya hampir terkubur. Dengan izin Allah seorang pesara yang memang tahu potensi kawasan Gunung Ledang memberinya semangat untuk bangkit semula dan turut menghulur kos pembaikan tempat penginapan atas tanah tinggi ini. Berita mutakhir menyebutkan Sultah Johor akan membina sebuah resort berdekatan kaki gunung dan mungkin potensi tempat ini menjadi tempat pelancung membuka peluang untuk bunglow menjadi 'Home Stay' di kawasan Gungung Ledang.
BUNGLOW DI KAKI GUNUNG LEDANG YANG SEDANG DI PERBAIKI
BAHAGIAN HADAPAN BUNGLOW HJ AZMAN MD TOP
GAMBAR KENANGAN DI MAJLIS PERKAHWINAN DR NAIM SHAH ALAM
DR NAIM DI BERI TAHNIAH
Kunjungan terakhir kami sebelum berangkat ke Jakarta ialah menghadiri majlis perkahwinan anak jiran yang merupakan tokoh koporat di Shah Alam. Alhamdulillah majlis meriah dan penuh barakah.
Konsep DI ZIARAHI DAN MENZIARAHI merupakan lumrah kehidupan bermasyarakat. la merupakan sedetik masa yang di luangkan untuk mengambil kisah kehidupan pihak yang di ziarahi serta merasai penderitaan orang lain sebelum kita semua juga akan di uji diambang kematian insyaAllah. Setinggi syukur saya kerana masih di beri tenaga dan kesempatan, semoga Allah meredhai segala urusan kami dalam proses ini,ameen.
No comments:
Post a Comment