NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, January 22, 2012

BUNGA SAKURA MEKAR DI BULAN JANUARI DI KANGAR PERLIS

Bunga Sakura Mekar  di Kangar, Perlis

Salam

Ahad 22 Januari 2012/28 Safar 1433H.
Alhamdulillah, sekali lagi saya berpeluang  berada di Pulau Langkawi menyertai program musafir  keluarga Kohatsa  Acara yang dicadang on off,on off menyebabkan perancangan penginapan terlewat. Di musim perayaan tahun  Baru Cina, jawabnya room hoppinglah dua malam di home stay dan Suri Inn yang berbeza situasi.

Alhamdulillah kehadiran kami di utara Malaysia adalah dalam rangka  untuk  sama-sama  meraikan majlis pernikahan anak saudara kami dengan pasangannya di Kangar Perlis. Sebahagian adik beradik merasakan masa dan lokasi yang Allah izinkan  selepas majlis eloklah di abadikan untuk mengeratkan silaturrahim yang sudah  lama rancang tetapi  tidak dapat  dilaksanakan dek kesibukan masing-masing.
Pantai Rhu Pulau langkawi


Saya suami isteri dan kakak saya bersama suami sebagai pesara masing-masing agak berkelapangan  masa tidak mahu melepaskan peluang untuk turut  hadir. Di umur senja ini kami mengharapkan dapat sering bertemu, ajal ibarat telur di hujung tanduk, bila-bila saja akan berlaku. Tambahan pula majlis pernikahan dan walimatul urus  dilangsungkan bertepatan 4 hari cuti perayaan tahun baru Cina pada hari Isnin 23 Januari.

Bagi yang dapat hadir dalam program ini  syabas dan tahniah kerana sudi berkorban masa sanggup melakukan perjalanan yang amat jauh dari Johor,Melaka, Shah Alam,,,semoga Allah meningkatkan iman dan  kemesraan kita kesan pengorbanan yang bukan sedikit daripada semua yang terlibat samada wang ringgit, tenaga dan masa. Kalau nawaitu kita untuk mencari redho Allah melalui silaturrahim kekeluargaan insyaAllah tidak ada ruginya malah berlipatganda ganjaran dari Allah kita harapkan, ameen.

Doa  Barakallahulakuma......   di ruamg tamu

Blog ini khas saya tujukan kepada pengantin baru anaknda  Musthofa Mubarak dan Sofiyah yang  disahkan menjadi suami isteri sebelum Asar pada hari Jumaat 20 Januari 2011/26 Safar 1433H. Melangkah saja masuk ke rumah pengantin perempuan untuk upacara pernikahan kebanyakan tetamu termasuk  saya tertarik dengan hiasan bunga Sakura...Biasanya bunga ini  mekar di bulan April namun kini di bulan Januari ia mekar bersama pengantin di Kangar. Saya siap-siap telah menyediakan tajuk blog untuk melakarkan kenangan manis di majlis bersama pengantin dan kedua  belah pihak keluarga mereka.

Sekalung tahniah kepada pengantin dan keluarga kedua belah pihak. Nikmatnya persaudaraan,  kini kami  telah menjadi dua keluarga besar yang penuh barakah. Majlis yang simple, mudah serta penuh keberkatan, memang Allah izin  ada kaitan dengan dua peribadi pengantin yang sama-sama mengambil berat dalam persiapan dan proses  untuk mewujudkan Baitul Muslim (rumahtangga Muslim). Memaniskan lagi  kenangan majlis yang sedia meriah dan membahagiakan ialah cenderahati senaskah 'booklet' Bingkisan Hati  bagaimana cara  mensyurgakan  keluarga SAMARA (Sakinah, mawaddah wa rahmah). Semoga apa yang tersurat dan tersirat dalam hasil  penulisan yang amat menyentuh hati itu menjadi amal soleh berpanjangan  buat  pengarangnya,ameen.

Buat masa ini biarlah gambar-gambar di bawah ini yang menjelaskan betapa indahnya kenangan BUNGA SAKURA MEKAR DI BULAN JANUARI DI KANGAR PERLIS.

Bagi  mereka yang mengenali saya Perlis ialah negeri ketiga  saya selepas Johor dan Selangor. Bertemu kenalan dan sahabat yang sudah  bertahun tak jumpa mencetuskan nostalgia kenangan indah dan manis yang sukar di ukirkan dengan kata-kata.

Ramai kenalan yang sudah pergi dahulu ke alam barzakh, ada yang kini sedang  sakit tenat...namun hati ini bagai disentuh rasa syahdu kerana dengan izin Allah,  di Perlis lah bermulanya fasa tranformasi kehidupan saya  dapat  mengenal iman dan lslam, mencintai  alQuran dan sunnah, merasai syuur kasih sayang dan persaudaraan yang kukuh hingga ke Akhirat.. InsyaAllah.
Sahabat handai  di Perlis mendidik  saya walau ke mana pun saya pergi, selama mana pun kami berpisah dan di mana pun kami bersua ikatan kasih sayang  akan sentiasa  segar   semekar SAKURA...sepanjang masa, bukan Januari,April atau bulan apa pun..ia tetap mekar dan berbunga indah di hati ini,syukur ya Allah dengan anugerah ini, kekalkanlah syuur ini...syukur  Alhamdulillah.


saat indah sebelum pengantin menikah





Pengantin bersama ibu mertua

Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair

Sebahagian  keluarga  Kohatsa  menghantar pengantin


Pengantin  bersama  ibu bapa dan mertua

Bersama  meraikan mekarnya Sakura  dirumah pengantin

Khabarnya bunga Sakura ingin   disunting  di Brisbane   ketika pengantin bersama sepupunya  di Melbourne..Kenangan  amat manis pastinya....

Selepas  makan berdamai

Rombongan keluarga pengantin dari  Muar~ satu bas

SEORANG TEMAN DI PERLIS MENGIDAP PENYAKIT ALZAMIER SEJAK UMUR 40AN SEMPAT HADIR MERAIKAN PENGANTIN WALAUPUN TIDAK MAMPU TURUN DARIPADA KERETA
Diziarahi  tetamu  kenalan rapat   ketika  di homestay


Sepupu-sepupu dan anak-anak saudara  pengantin paling ramai  turut  meraikan..

Mengiringi keluarga masuk kenderaan  pulang ke Selatan Tanah Air

Bersama  keluarga  ayah  pengantin  (Muar)
Bersama  keluarga ibu pengantin  (Tangkak/Shah Alam)

BEGITULAH KISAHNYA KEDUA PENGANTIN MENJADI SUAMI ISTERI YANG SAH, SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA..AMIN   YA RABBAL ALAMIN..


No comments:

Post a Comment