NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11 MAKING A DIFFERENCE TO TOUCH A MILLION 2










MAKING A DIFFERENCE
:
REINVENTING KUIH PENDERAM
TO HANI'S RING
HONEY GINGER TO GINGER KISSES
USING NEW BRANDING 'HANI'S TASTEBUDS"

Salam

Mutiara kata (mafhum Hadis): Beruntunglah orang yang mengendalikan lidahnya, yang rumahnya sentiasa terbuka untuk sanak-saudara dan tetamu, dan yang suka menangis atas dosa-dosa serta kesalahan-kesalahannya.

Alhamdulillah, Selasa 11 Januari 2011, awal pagi lagi saya tersenyum lebar kerana rakan-rakan sekuliah 'AsmaulHusna' memuji nasi lemak bungkus daun pisang yang saya sediakan untuk meraikan pertemuan 'usrah' tahun 2011 pada pagi Isnin. Kebetulan nasi lemak menggunakan beras 'nasi arab' ada kelainan daripada nasi lemak biasa.

Seingat saya sejak kecil lagi arwah emak saya membuat nasi lemak untuk menampong perbelanjaan dirinya dan keluarga yang kian bertambah. Saya di ajar membungkus nasi lemak dengan daun pisang. Kakak saya diajar memasak sambal ikan bilis. Hari ini kakak saya pakar memasak lauk kegemaran keluarga. Itu kelebihan kerja yang arwah emak saya agih-agihkan kepada anak yang ramai supaya fokus dan cepat siap.

Berbekalkan tugasan 'ringan' yang arwah emak saya berikan kepada saya (mungkin saya kurang rajin) ramai yang tidak percaya saya pandai memasak kecuali terpaksa, antaranya bila menetap beberapa tahun diluar negara atau membantu ipar duai waktu majlis perkahwinan dan perayaan.

Motivasi memasak nasi lemak baru-baru ini berlaku semasa saya di Jakarta selama dua minggu. Rasa bosan juga kerana sering makan nasi padang saya terfikir untuk memasak nasi lemak yang belum lagi saya lihat ada dijual di Jakarta.

Kebetulan satu pertemuan dengan team projek Garut diadakan pada hari tersebut maka saya menghidangkan 'nasi lemak' ala kadar saya kepada tetamu. Di akhir pertemuan saya di beritau nasi lemak saya 'enak', buktinya habis semua di makan.

Sewaktu Mario tamu saya datang ke Malaysia beliau menyebut lagi peristiwa nasi lemak yang enak.

Rupanya kesan pujian menjadi motivasi untuk membuat perbezaan yang telah menyentuh deria rasa teman-teman usrah saya. Alhamdulillah. Itulah kesan saya MEMBUAT PERBEZAAN dan tidak terperangkap dengan rutin hari-hari makan masakan orang lain di kedai khususnya di D'Arab Cafe. Kelainan pasti menelurkan kesan positif kepada jiwa seseorang insyaAllah, alhamdulillah.

Blog siri 2 tajuk yang sama ingin mengupas isi kuliah "AsmaulHusna' yang saya hadir pagi 11.1.11 kerana ia ada kaitan dengan MEMBUAT PERBEZAAN.

Menurut Ustazah Faridah yang mengendalikan kuliah pagi ini Allah Maha Kuasa menurunkan rahmat agar kehidupan ceria dan membahagiakan melalui 'proses'yang serasi dengan fitrah insan. Allah berkuasa kalau ingin menjadikan sesuatu secepatnya dengan hanya 'kun fayyakun.' Namun proses menanam ruh iman dan taqwa banyak membantu kesabaran yang akhirnya menyumbang kepada keharmonian dalam hidup di dunia dan akhirat.

Rutin kehidupan yang kehilangan ruh iman dan taqwa telah menjadikan ramai manusia 'tertekan' ke tahap di serang pelbagai penyakit, yang paling di geruni ialah kanser. Kajian menunjukkan pesakit kanser mulai sembuh bilamana mereka melakukan pelbagai pekerjaan yang ada kaitan dengan 'memberi' sumbangan kepada orang ramai. Interaksi antara manusia rupanya menghilangkan 'stress', apatah lagi sebagai seorang Islam 'menyebar dan menjawab salam' yang ada unsur doa itu satu ibadah dan ia boleh melegakan penyakit.

Masalahnya kehidupan yang nafsi-nafsi (sendiri-sendiri/ privacy) hari ini menambah 'stress' kerana tidak ramai yang sanggup berkongsi kelebihan yang Allah beri pada mereka, antaranya harta, kesenangan, masa lapang malah ilmu sekalipun!

Sentuhan ustazah yang memberi kuliah amat berkesan bilamana beliau membawa cerita seorang yang menjaga ibunya yang uzur hinggakan tidak berpeluang berehat. Pernahkah seorang jiran atau temannya menawarkan masa untuk wanita itu berehat dengan mengambilalih sebentar tugasnya? saya rasa tidak ramai yang sanggup menjaga emak orang lain, rupa-rupanya nya inilah perbezaan yang berlaku di zaman para sahabat awal. Mereka MEMBUAT PERBEZAAN dalam melakukan semua kebaikan untuk redho Allah YANG MENYENTUH banyak jiwa ke angka JUTA dan ganjaran pahala pun setimpal itu. Terserlahnya akhlak mereka di bawah bimbingan Rasulullah saw menjadi ikutan jutaan umat lslam seluruh dunia.

Kini giliran generasi kita yang masih di beri peluang untuk membuat perbezaan dalam banyak aspek antaranya cara berfikir, cara bergerak, cara bertindak, cara bercakap, cara mengajak orang lain ke jalan kebenaran dan seterusnya. Jangan kita terperangkap dengan 'kebiasaan' sehingga mengorbankan potensi untuk MENYENTUH angka JUTA dalam hidup yang singkat ini.

Mafhum sebuah hadis jika kita melakukan perkara kebaikan dan menjadi turutan orang lain,kita akan menerima pahala kebaikan orang yang melakukannya sehingga akhir zaman. Syed Qutb pernah bermadah jika kamu hidup untuk diri kamu umur kamu hanyalah yang Allah berikan kepada kamu, tetapi jika kamu wakafkan hidup untuk kemanusiaan, umur kamu adalah sepanjang hayat kemanusiaan...masyaAllah!

Untuk sampai ke tahap mewakafkan kehidupan ini ia perlu 'PROSES' antaranya mengenal Allah dan kekuasaanNya, mencontohi para Rasul, mencorakkan kehidupan dengan nilai Rabbani (ketuhanan), bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan kebajikan, bersih hati daripada penyakit 'dunia' dan sentiasa bersiap untuk kematian.

Kalau beberapa tokoh barat antaranya Oprah dan Mother Theresa boleh menyentuh jutaan peribadi manusia untuk berubah...apatah lagi umat lslam yang diajak BERJAYA (falah) lima kali sehari!!

Allah mendidik manusia yang suka tergesa-gesa agar melalui 'proses' membuat perbezaan dari tahap ke tahap. Kejayaan dan kebahagiaan tidak datang tiba-tiba, mengejut, tanpa di awali harapan ,mimpi, perancangan dan doa terlebih dahulu. Kita yang di pilih Allah untuk faham kebenaran hari ini adalah hasil kegigihan, usaha, kesabaran generasi datuk nenek kita yang mendoakan kita, merapatkan saf, memudahkan perjuangan seterusnya, jadinya peranan kita pula untuk mengisi kekosongan hari ini dengan MEMBUAT PERBEZAAN UNTUK MENYENTUH ANGKA SEJUTA dalam apa sahaja urusan yang termampu.

Galeri Mawaddah akan mencuba MEMBUAT PERBEZAAN melalui jenama HANI'S TASTEBUDS...insyaAllah.

2 comments:

  1. Saya mendoakan Allah mudahkan segalanya dan Allah kurnia kejayaan, tidak mustahil billion dan seterusnya.

    ReplyDelete