NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, April 6, 2010

MUSIBAH TAUTAN HATI UPIN & IPIN DAN AMAN PALESTIN


YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam bersama team Aman Palestin
Jualan baju Upin & Ipin di tengah padang Wayang Pacak
Musibah Kemah runtuh akibat tiupan angin kencang


Salam

Antara peserta pameran dalam karnival taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam baru-baru ini ialah syarikat Lescopaque penerbit Upin & Ipin dan NGO Aman Palestin. Mereka berkongsi khemah kerana kekurangan ruang.

Di peringkat awal masing-masing fokus dengan urusan masing-masing melayan pengunjung dan pelanggan. Bagi Aman Palestin yang mengutip derma perubatan mangsa perang Gaza ia bukan satu tugas yang mudah.

Kesempatan lawatan YB Khalid Samad Ahli Parlimen ke Taman Tasik iklan mengadakan jamuan makan malam kutipan derma Aman Palestin di war-warkan dan gambar bersama YB di abadikan.

Namun takdir Allah siapa tau...sebelah petang 3 April sewaktu YB Khalid sedang menyampaikan ucapan sebelum memberi hadiah kepada pemenang kompang hujan turun dengan lebatnya di sertai tiupan angin kencang. Tanpa di sedari tiga khemah berterbangan, mujur tidak ada kecederaan. Dalam hujan lebat itu penggerai yang terlibat basah kuyup termasuk barang-barang.

Setelah hujan reda didapati penggerai yang terlibat dengan khemah terbang ialah Aman Palestin, Mawaddah Kraf, Upin & Ipin, Persatuan Anggerik dan PKNS. Tiga daripada yang terlibat terus meninggalkan pameran, yang tinggal gerai Upin & Ipin dan Aman Palestin. Tautan hati dua penggerai ini mula terjalin dan masing-masing bertaaruf (berkenalan).

Di sebelah malamnya sewaktu Jabatan Penerangan mengadakan Wayang pacak Upin & Ipin keputusan di capai untuk Upin & Ipin menyertai setiap program Aman Palestin dan akan mendermakan RM1 kepada Aman Palestin bagi setiap penjualan barangan mereka. Alhamdulillah...tidak di sangka selepas musibah mereka dapat menjana satu ikatan yang kukuh dan masing-masing menunggu saat bertemu lagi...Setinggi kesyukuran kerana karnival yang kerdil ini dapat menjana tautan hati dua jiwa besar...amiin

No comments:

Post a Comment